guru yang lemah!

bila seorang guru tidak menunaikan tanggungjawabnya terasa seperti kehilangan sesuatu yang penuh bermakna di dalam diri. apabila aku membuat keputusan untuk menyendirikan diri dan berada dikawasan yang selamat dari segala kancah yang berlaku diluar sana. diri ini terasa kehilangan sesuatu yang sungguh bermakna. rindunya mengajar walaupun tidaklah ada apa yang perlu dibanggakan atas apa yang dididik oleh guru ini. rindu untuk melihat wajah-wajah murid yang selalunya sungguh ceria untuk menyambut ketibaan ku di kelas. semangat mereka yang ingin belajar tetapi masih lagi mentah untuk mengetahui bahawa pendidikan itu penting bagi membezakan mereka suatu masa kelak.

alangkah malangnya bagi guru ini untuk tidak melaksanakan tanggung jawabnya; guru yang sepatutnya berkorban segala kepentingan demi untuk menjamin murid itu mendapat didikan yang terbaik walau dalam apa pun keaadaan. mungkin kita berfikir tentang hal kita sendiri dan kita berfikir bahawa kita patut diutamakan tetapi hakikatnya sekolah itu mata pencarian bagi murid untuk mendapatkan ilmu. mereka yang datang itu penuh dengan harapan dan keinginan. mengapakah aku tidak sedar akan kesilapan ku ini. kenapa aku tidak berjaya mempedulikan konflik dunia dan keselamatan diri untuk mendidik. adakah aku “pondan” yang pandai untuk menyembunyikan sifat sebenar diri ku dan mempertontonkan kepada dunia wajah hodoh yang tidak diterima semua.

siapa aku selayaknya untuk menjadi seorang guru jika aku sendiri sentiasa kurang yakin terhadap segala yang berlaku kini. aku tidak percaya akan tindakan ini yang sungguh mementingkan diri. benar sekali aku tidak memandang duit dan segala kelebihan dalam profesion ini tetapi kenapa bila bencana tiba aku hilang arah dan keyakinan. aku guru yang tidak bersedia-guru yang alpa dan leka kerana aku masih lagi takut untuk berjuang demi anak bangsa.
 --------------------------------------------------------------------------------
ironiknya bila aku membuat keputusan untuk tidak menyerah kalah nukilan tragedi seterusnya berkumandang.
 --------------------------------------------------------------------------------
sehingga sekarang aspek yang paling jelas bila orang memandang cara aku bekerja adalah aku tidak berkemampuan untuk berikan yang terbaik. tiada siapa yang percayakan diriku ini untuk mendidik. bayangkanlah sekolah terpaksa membuat kelas lain untuk mengajar budak-budak didikan ku pengetuahan yang diajar oleh diriku tanpa penglibatan aku. bayangkanlah, aku dinilai bukan berdasarkan prestasi kelas yang aku ajar tapi berdasarkan berapa banyak kelas aku berjaya cover yang tidak terdapat dalam jadual peribadiku. amat penting bagiku untuk gantikan kelas lain kerana sapalah aku untuk mengajar kelas sendiri dan subjek ku sendiri. sapalah aku untuk berjaga malam merancang RPH,membuat BBM kerana pada akhirnya tidak kisahlah betapa gigih aku berusaha, semua itu tidak dinilai dan diertikan.

tahukah anda saat aku menulis nukilan ini hatiku terguris, aku diherdik sebagai penakut yang takut ditembak mati oleh penceroboh , aku digambarkan sebagai satu pencerobohan dan dihila tawakan oleh institusi sekolah. aku adalah guru yang diketawakan, penakut dan tidak berkemampuan. mereka tidak pernah sedar aku kesini dengan hati yang terbuka, mereka tidak sedar betapa gembiranya aku disini, mereka tidak pernah tahu kepayahan yang terpaksa aku lalui untuk menyelesakan diri disini. aku yang mahu dan beria untuk tinggal dalam hutan ini tapi aku diperlakukan seperti tidak bernilai. aku tidak dipaksa malah aku masih mempunyai pilihan untuk berada disini tapi entah mengapa mereka memandang diriku begitu rendah…jadualku diubah ikut suka mereka, aku diarah begitu sahaja dan kini aku dihina sebegitu rupa. bodo! mereka ini kerana tidak pernah sedar siapa aku dihadapan mereka. mereka masih mengajar dan mujurlah anak didikan mereka itu pintar tetapi apakah nilai kepintaran itu jika tidak mampu untuk berdikari mencari ilmu. kehidupan bukan lagi seperti dahulu, cahaya tidak lagi bermakna di malam hari. kini aku nekad untuk pergi dan tidak akan kembali!.....

-----------------------------------------------------------------------------
tapi aku tidaklah kejam dan mendengar kata hati yang teramat terluka. setelah aku menerima dan menduga barulah aku faham bahawa dimana sahaja aku berada tidak kira dalam apa jua keadaan; pasti akan diuji dengan satu bentuk tekanan yang akhirnya akan berjaya membentuk pengalaman yang berharga.

kepada yang membaca-ini hanyalah penulisan di waktu saya lemah! dah lama dah nie! (hehehehe!_peace!)~

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku