ketakutan dan ketidak prihatinan Sabah

ketakutan dan juga ketidak prihatinan- terdapat beza yang nyata diantara keduanya dan kita jarang dapat berasa dalam situasi yang menekankan aspek keduanya dalam konteks yang sama tapi entah bagaimana konflik di Sabah berjaya membuatkan keduanya bersatu dalam nada yang berbeza.

dikatakan diri ini takut dengan pencerobohan yang berlaku di Sabah adalah tidak sekali kerana disebalik semua yang terjadi pasukan pertahanan kita masih lagi mampu untuk berjuang memastikan terdapat keamanan dalam pertaruhan. mereka adalah yang terhebat dan terbaik di dalam dunia kerana tindakan mereka membayangkan bahawa setiap nyawa itu masih lagi berharga. kenapa kita perlu berbicara sedangkan kita sebenarnya diserang-kerana kita adalah manusia yang mengetahui adalah salah untuk membunuh manusia yang lain tanpa sebarang alasan yang membenarkan.

ketakutan itu adalah kekuatan bagi insan yang tahu setiap detik dalam ketakutan itu dapat membina pendoman yang menguatkan jiwa. kita semua sentiasa takut walaupun dalam keamanan. adalah bodoh untuk menyatakan kenapa perlu anda takut walaupun keadaan disini aman dan damai. takut itu adalah semula jadi dan pada Maha Penciptalah ketakutan abadi ditunjangkan. kami disini bukan takut atas apa yang berlaku tapi takut kami adalah apabila sesuatu yang tidak pasti itu berlaku. ketakutan ini tidak mempunyai bentuk kerana ianya merupakan bayang-bayang yang gelap mengaburi pandangan. tetapi dalam ketakutan ini kami mencari cahaya supaya setiap langkah yang diambil adalah langkah yang berani untuk mengeluarkan diri dari kegelapan yang nyata. jangan memperbodohkan diri berdiri yakin terhadap kegelapan kerana apabila ia menelan diri; telah terlambat untuk membangkitkan cahaya.

ketidak prihatinan adalah penjerat kepada segala tindakan yang dilakukan dalam ketakutan. orang yang takut sentiasa mencari jalan keluar untuk memastikan dirinya berada dalam keaadan yang bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan. mungkin sesetengah mengatakan bahawa ada yang melarikan diri kerana takut tapi hakikatnya mereka ini memberanikan diri untuk menolak ketakutan dalam diri supaya sentiasa bersedia untuk berada dalam keaadan yang lebih menyenangkan. kita yang berada dekat disini mungkin tidak boleh merasakan dalam diri apa itu kekurangan bila sesuatu kejadian yang menguji diri berlaku tetapi  kita yang berada jauh akan sentiasa mengingati satu kepentingan untuk kita sentiasa menanti. sepatutnya yang mempunyai kuasa seharusnya menjadi prihatin terhadap setiap perkata yang berlaku dan tidaklah begitu angkuh dalam berbicara. apabila kita begitu yakin dengan kuasa, kita sedang melakukan kekejaman terhadap mereka yang cuba untuk memahami keadaan. tidak perlu untuk kita memaksa jika kita sendiri sedar tindakan kita itu tidak akan menjamin apa-apa yang boleh membantu.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku