Posts

Showing posts from April, 2015

Pemegang Ulung Demokrasi

Najid bukannya sempurna, Mahathir bukanlah perwira bangsa yang abadi dan perkara hakiki sekarang adalah dimanakah wadah Malaysia apabila pemimpin kita sendiri tidak pernah mempercayai satu sama lain. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedar bahawa bukan semua pemimpin kita adalah individu yang arif dan pakar dalam bidang kepimpinannya, tetapi kejayaan pemimpin itu adalah daripada nilai kepercayaan yang kita letak padanya. Najid banyak merancang dan bukan semua rancangannya diperhalusi dengan bagus dan melihat keadaan sekarang kita jelas bahawa yang memberikan Najid nasihat merupakan golongan yang hipokrit dan itulah kesilapanya. Bagi menilai Najid, kita harus melihat siapakah rakannya dan siapakah yang sedang dan telah membimbingnya untuk berada pada tahap sekarang. Kejayaan yang dicipta untuk menjadi perdana menteri bukannya selangkah pangkat setahun..ia merupakan satu perjuangan yang memerlukan usaha dan keyakinan yang tinggi. Bagi Mahathir untuk menyeru jawatan i