Posts

Showing posts from February, 2013

memaksa diri!

Memaksa diri untuk menzahirkan sesuatu yang tidak bererti merupakan perkara yang susah bagi insan yang kurang yakin akan kebolehan dirinya untuk berkata-kata tanpa tanggapan pujangga. Memaksa diri untuk menyokong sesuatu tanpa sesuatu yang boleh dipercayai merupakan satu langkah yang boleh merosakkan minda. Memaksa diri untuk melahirkan satu perasaan yang berbeza dengan kehendak semua individu yang penting dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan terhadap diri sendiri. Memaksa diri untuk menyentuh perkara yang tidak jelas dan teramatlah rumit untuk diterjemahkan boleh mengakibatkan barah yang memakan jiwa. Memaksa diri untuk bernafas dalam ruangan yang tidak berudara seperti bermimpi memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesempurnaan tanpa kecacatan hakiki. Memaksa diri untuk melangkah merentasi gunung dengan satu langkah sahaja bak senyuman yang meruntuhkan kota raya ; itulah satu cabaran bagi melaksanakan tindakan yang diluar jangk

awak adalah guru!

Image
Awak menjadi seorang guru tetapi sebelum memulakan kerjaya awak ini, telah awak melihat guru-guru sebelum awak bekerja dan berusaha dalam memenuhi kehendak yang dipertanggung jawabkan kepada awak.  Akhirnya awak bentuk satu kefahaman keatas apa yang akan terjadi dalam didikan awak tentang apakah matlamat yang bakal dibentuk apabila awak memegang kerjaya ini. Awak adalah guru! Awak sedar tak yang awak itu seorang guru! Kenapa awak memakai seluar pendek dan bercanda dengan golongan yang gelak ketawanya boleh menggegarkan dunia. Awak adalah guru! Celaka awak! Kerana tidak memahami saya yang merupakan seorang guru. Guru yang belajar dalam masyarakat yang masih lagi membina jati diri dalam mencari erti perpaduan sejati. Awak bukannya tidak sedar bahawa setiap insan itu boleh mempunyai tindakannya yang tersendiri tetapi masih lagi boleh membina perwatakan yang positif yang tidak mampu mencemarkan masyarakat. Awak jangan berprasangka kepada guru. Awak adalah guru!   Awak masi

Sistem Pendidikan Ilmu

Image
Oleh kerana saya terterjun di bidang pendidikan; agaknya sesuailah kita berkata-kata tentang sistem   ilmu yang seharusnya mendidik setiap insan menjadi nadi penggerak kearah kebaikan di dalam dunia dengan akal pemikiran yang sihat. Tidak perlulah kita bercerita panjang mengenai segala kokurikulum dan perancangan untuk menaik taraf tahap pencapaian anak-anak muda supaya setanding dengan masyarakat dunia kelas pertama . Sebelum kita memulakan bicara ini, siapakah kita sebenarnya untuk menilai kualiti pendidikan negara? Kita adalah mangsa dalam kemelut untuk menetapkan panduan supaya sistem pendidikan ini diiktiraf dan diperakui dunia. Bukannya kita adalah sumber ilmu tetapi kita adalah hasil rujukan ilmu. Setiap kegagalan kita merupakan satu kegagalan terhadap sistem yang diwujudkan oleh golongan yang telah berjaya. Mereka megah berkata-kata dan kita adalah bahan terhadap setiap patah ayat yang telah ditulis dan diperakui. Tidak ada yang   lari, jika kejayaan yang berjaya dikec