memaksa diri!


Memaksa diri untuk menzahirkan sesuatu yang tidak bererti merupakan perkara yang susah bagi insan yang kurang yakin akan kebolehan dirinya untuk berkata-kata tanpa tanggapan pujangga.

Memaksa diri untuk menyokong sesuatu tanpa sesuatu yang boleh dipercayai merupakan satu langkah yang boleh merosakkan minda.

Memaksa diri untuk melahirkan satu perasaan yang berbeza dengan kehendak semua individu yang penting dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan terhadap diri sendiri.

Memaksa diri untuk menyentuh perkara yang tidak jelas dan teramatlah rumit untuk diterjemahkan boleh mengakibatkan barah yang memakan jiwa.

Memaksa diri untuk bernafas dalam ruangan yang tidak berudara seperti bermimpi memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesempurnaan tanpa kecacatan hakiki.

Memaksa diri untuk melangkah merentasi gunung dengan satu langkah sahaja bak senyuman yang meruntuhkan kota raya ; itulah satu cabaran bagi melaksanakan tindakan yang diluar jangkaan.

Memaksa diri untuk mengandungkan impian sejuta rakyat seakan perkara yang mudah dirungkaikan akan tetapi ianya tidak seperti yang diidamkan oleh mata hati.

Memaksa diri untuk mendonggak kelangit mencari merah mentari yang kelak membutakan mata melihat alam yang menduga hidup dengan kekejaman kata-kata.

Memaksa diri untuk mewarnai pelangi dalam satu luahan hati bisa membawa diri ke dalam satu dimensi baru yang bakal menbawa perubahan.

Memaksa diri bagi menyuarakan kebatinan janji jika semua yang ternyata adalah perjanjian yang dicipta untuk kesenangan umat boleh memudahkan tindakan seterusnya.

Memaksa diri untuk bersetuju!

Memaksa diri untuk Mu!~

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku