awak adalah guru!

Awak menjadi seorang guru tetapi sebelum memulakan kerjaya awak ini, telah awak melihat guru-guru sebelum awak bekerja dan berusaha dalam memenuhi kehendak yang dipertanggung jawabkan kepada awak.  Akhirnya awak bentuk satu kefahaman keatas apa yang akan terjadi dalam didikan awak tentang apakah matlamat yang bakal dibentuk apabila awak memegang kerjaya ini. Awak adalah guru!

Awak sedar tak yang awak itu seorang guru! Kenapa awak memakai seluar pendek dan bercanda dengan golongan yang gelak ketawanya boleh menggegarkan dunia. Awak adalah guru!

Celaka awak! Kerana tidak memahami saya yang merupakan seorang guru. Guru yang belajar dalam masyarakat yang masih lagi membina jati diri dalam mencari erti perpaduan sejati. Awak bukannya tidak sedar bahawa setiap insan itu boleh mempunyai tindakannya yang tersendiri tetapi masih lagi boleh membina perwatakan yang positif yang tidak mampu mencemarkan masyarakat. Awak jangan berprasangka kepada guru. Awak adalah guru!  

Awak masih lagi lincah berkata-kata sedangkan semua yang dilakukan awak merupakan perkara yang salah dalam menjadi seorang guru. Tidakkah awak sedar guru itu merupakan seorang yang sempurna perilakunya. Guru tidak malas, guru jarang sekali cuba melarikan diri dari melakukan tanggung jawabnya dan guru tidak pernah cuba untuk mengubah pelajar menjadi individu yang melebihi kehendak masyarakat. Kenapa awak tidak pernah menjadi guru seperti yang sepatutnya. Guru yang mendidik untuk mendapat berkat atas setiap ilmu yang diberi, awak janganlah mengejar kemewahan dunia dengan menggunakan didikan awak. Awak adalah guru!

Awak masih tidak lagi fahamkan apa yang saya katakan sebagai seorang guru. Guru adalah insan yang datang bekerja untuk menjalani kehidupan seperti insan-insan yang lain, mereka mendidik jiwa bagi mendapat rezeki untuk menjana kehidupan supaya masyarakat dan segalanya boleh melaksanakan tanggung jawab seperti yang sepatutnya. Awak sepatutnya faham imej guru itu bukanlah seperti malaikat yang tidak mempunyai cacat celanya kerana guru itu manusia yang dahagakan ilmu dan mensedekahkan ilmunya kepada yang mampu untuk mengambilnya. Awak adalah guru!

Awak, kenapa berkata begitu sedangkan realitinya guru sering sahaja mengabaikan kerjanya dan kebanyakan guru gagal mendidik dan hasilnya masyarakat kini telah rosak dilanda bencana. Awak adalah guru!

 Awak tidak boleh bertanggapan begitu kerana guru merupakan contoh terbaik untuk menghasilkan generasi pemikir yang cemerlang dimasa hadapan oleh itu guru perlulah sempurna dari segala aspek yang boleh memangkin kearah pencapaian itu. Guru tidak patut mencari alasan dalam menunaikan tanggungjawabnya. Awak adalah guru!

Awak sememangnya sesat dalam memahami guru. Awak tidak mengerti kesempurnaan yang dituturkan awak melibatkan jua ketidak sempurnaan yang melengkapkan segalanya. Tidak mungkin aturan masyarakat boleh menjadi sekata kerana semua yang berfikir adalah manusia biasa sahaja. Awak janganlah terlalu berfantasi dalam memberikan erti kepada imej guru. Guru adalah insan biasa seperti mana jua insan-insan lain yang berjalan melintasi alam ini. Awak perlu mengerti bahawa kerosakan dalam masyarakat bukannya teras kepada tindakan guru tetapi masyarakat itu sendiri merangkumi segala aspek dan dihasilkan dari pelbagai imej serta didikan. Awak adalah guru!

Awak kerap berdalih dengan mengatakan guru itu insan biasa! Insan biasa tidak boleh menghasilkan golongan pemikir yang bagus, insan biasa tidak boleh menghasilkan peguam yang mampu berkata-kata, insan biasa tidak akan mampu untuk mendidik minda bagi menerokai alam yang menyembunyikan sejuta rahsia. Awak; guru bukanlah insan biasa kerana  guru berkemampuan untuk melakukan semua ini dan lebih dari ini lagi. Guru mencorakkan warna-warna kehidupan setiap generasi dan lambang kepada kejayaan generasi adalah apabila gurunya menjadi insan yang terbaik serta menunjukkan contoh teladan yang boleh dicontohi. Tolonglah saya, awak adalah guru!

Awak tidak patut mengatakan sebegitu kerana katakan pada saya siapakah tidak selayaknya menjadi seorang guru. Semua yang berakal itu berguru dan semua yang berguru itu adalah guru dalam diri masing-masing. Guru yang mendidik diri untuk menjadi insane yang terbaik dalam dirinya sendiri. Tidak perlu dizahirkan jawatan guru itu kerana pekerjaan itu tidaklah seumpama yang ditafsirkan oleh awak. Awak adalah guru! 

Awak, saya masih tidak mempercayai awak. Awak adalah seorang guru!

Awak tidak perlu mempercayai saya kerana awak adalah seorang guru!.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku