PRU KE 13—KEMENANGAN DAN KEGAGALAN

Semua penduduk Malaysia sedar akan kehadirannya dan menantikan detik dimana perjuangan untuk memastikan kemandiran hidup lestari dalam negara ini berjalan dengan penuh keamanan dan seimbang.

Persoalannya adakah BN akan menjadi pilihan sekali lagi ataukah populariti idealisme pembangkang menjadi taruhan terbaru yang bakal mewarnai perjuangan negara ini?

Jika BN mahu menang dalam pilihan raya untuk kali ini, banyak perubahan yang terpaksa dilakukan. Dasar “TRANSFORMASI” yang telah direncanakan dilihat sebagai satu bentuk retorik yang memperkatakan tentang perubahan yang digariskan sebagai “keperluan” tetapi ianya lebih kepada satu bentuk tarikan terhadap perhatian rakyat tentang apakah yang sedang dilakukan kerajaan.

Para pemimpin BN perlu lebih telus dan teratur dalam merencanakan pembangunan dan pembentukan negara ini dimana segala perkara yang mengaitkan BN dengan delima-delima lama perlu dihapuskan. Satu cabaran terbesar BN adalah bukan membuktikan apa yang diperkatakan telah dicapai tetapi membuktikan bahawa terdapat perancangan masa hadapan yang tidak menguntungkan golongan yang memerintah dan membawa pendapatan negara kepada tahap yang tertinggi serta mewujudkan imbangan diantara golongan miskin dan kaya terutamanya   dalam segi pemilikan harta di kota raya serta sebagainya.

Bagi yang kurang peka terhadap perkembangan ekonomi, kita mungkin tidak sedar bahawa banyak ketidak adilan berlaku dari aspek agihan dan juga penjanaan pendapatan baru yakni terdapat banyak bentuk dominasi dalam perlaksaaan teknikal input-input ekonomi negara.  

Kita perlu keluar dari skop negara yang mahu membuktikan kepada dunia kemampuan kita dan sebaliknya lebih fokus kepada pembentukan negara dalam pandangan dan kemampuan tempatan. Jika diteliti aspek luaran negara, Malaysia mempunyai satu reputasi sebagai sebuah negara yang menitik beratkan keseimbangan dalam segala aspek tetapi secara fokusnya kita gagal untuk keluar dari kelompok negara yang membangun dengan bantuan pelaburan negara-negara maju.

BN perlu menyelia dan membuat perancangan yang lebih nyata dan tidak hanya melaungkan kejayaan yang berjaya dibentuk sejak 55 tahun yang lepas. Bukankah setiap kejayaan yang dikecapi itu adalah tanggung jawab moral yang sememangnya menjadi tunjang kepada keperluan rakyat? Tidak perlulah mengingati rakyat tentang pengorbanan dan perjuangan yang BN kecapi kerana setiap rakyat itulah yang telah membuat keputusan untuk berjuang dan berkorban dalam memastikan apa yang dinyatakan oleh para pemimpin terdahulu mampu dikecapi.

Adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia apabila teras perpaduan nasional menjadi satu jenama asas perjuangan politik dan adalah kurang berasas untuk mengemukakan corak perpaduan bersatu dalam komuniti yang pelbagai.  Yang secara nyatanya adalah bercanggah dan atas dasar ini perjuangan untuk membentuk satu identiti baru adalah suatu yang amat berat kerana kurangnya kefahaman terhadap niat sebenar ke atas dasar tersebut. Perkara yang ingin di olah di atas adalah berkaitan nadi “Satu Malaysia” yang menjadi aspek penerimaan semua golongan masyarakat tetapi popularitinya seakan membinasakan kefahaman teori idealisme yang didorongnya.

BN perlu secara terancang merencanakan bentuk entiti perjuangan dan dasar yang baru. Perubahan radikal adalah keperluan baru dalam memastikan bukan hanya rakyat Malaysia kembali mempercayai dasar yang diutarakan tetapi dunia perlu sedar bahawa inilah nilai demokratik sebenar sebuah negara yang ada kebebasan.

Apa yang diharapkan rakyat adalah penurunan secara teratur terhadap kos sara hidup dan peningkatan terhadap kualiti hidup bagi masyarakat dalam dan luar bandar. Dan cukuplah dengan pemberian input sementara yang gagal memberikan kesan dominan terhadap kelestarian hidup.

Kemudahan asas seperti pengangkutan awam dan beberapa aspek komuniti awam yang sedia ada perlu dilihat sebagai satu tanggungjawab moral tanpa bertitik beratkan keuntungan. Dasar kerajaan perlu direncanakan supaya aspek pembangunan sosial dilakukan secara berterusan dengan tidak memperlihatkan keperluan meraih keuntungan dari pelaburan  rakyat.

Komuniti swasta dan kerjasama kerajaan negeri dalam memperbanyakkan lagi kemudahan yang diselenggara dengan lebih teratur perlu dan penglibatan campur tangan kerajaan pusat dilihat sebagai satu usaha yang patut diambil dalam mematangkan aspek pemerintahan sesebuah negeri.

Keperluan asas masyarakat seperti air dan elektrik hendaklah diperluaskan bukan hanya pada aspek memastikan penduduk diluar bandar memperolehinya  tetapi memastikan kualitinya adalah sama dengan apa yang ditawarkan di bandar.

Bagi penduduk bandaraya pula perancangan kota dengan menitik beratkan aspek kekemasan dan kelancaran perjalanan penduduknya menjadi satu teras tambahan yang perlu dilihat. Bandaraya perlu di perlengkapkan dengan kemudahan yang mesra alam dan projek-projek yang memberikan kesan kepada masyarakat perlu diperbanyakkan.

Secara keseluruhannya BN boleh memenangi pilihan raya pada kali ini jika, semua polimik dan gimik politik lama para pemimpinnya dibuang dan diolah kepada satu bentuk kepercayaan yang baru. Kepercayaan kepada rakyat dalam memastikan secara perancangan negara adalah telus dan berdaya saing untuk generasi yang akan datang.

BN boleh mengundang kekalahannya sendiri jika tetap berkeras dalam memperkatakan tentang jasa dan pengorbanan dan niatnya  dalam cuba memuaskan hati setiap pengundi. Hakikatnya rakyat telah hilang kepercayaan terhadap individu yang berdiri dihadapan mereka tetapi tidak pula pada kebolehan parti yang menjadi teras perjuangan selama ini.

Perlu kita sedar, populariti pembangkang melonjak naik adalah dengan perjuangan yang memperkatakan tentang pembentukan negara dengan acuan dan garapan yang baru. Sesuatu yang setiap rakyat  negara ini idamkan iaitu pendapat dan keinganan mereka didengari serta merekalah yang bertanggung jawab dalam melaksanakan impian ini.

Pembangkang berjaya membina aspirasi rakyat untuk memerintah Malaysia dengan dasar setiap rakyat bertanggung jawab terhadap masa hadapan negara. Konsep inilah yang membangkitkan suara rakyat yang mahukan bukan perubahan yang dirancang dengan sendirinya tetapi perubahan yang dramatik yang melebihi keperluan dalam memastikan perancangan masa hadapan lebih nyata dan mencabar.

Rakyat kini berada dalam pemikiran sama ada yang lama boleh memberikan satu bentuk corak pembangunan yang lebih sekata ataupun adakah perubahan yang bakal diterjemahkan pembangkang membuahkan hasil.

Walau bagaimanapun keputusannya; pilihan raya pada kali ini, aspek terpenting yang perlu setiap pengundi sedar adalah kebangkitan “golongan pelampau” yang memperjuangkan bukan hanya hak-hak rakyat yang dikecualikan tetapi yang mengatakan ketidak adilan terhadap pembentukan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.  Kewujudan golongan ini dilihat sebagai cabaran terhadap aspek kemerdekaan dan pembentukan Malaysia lantas kita sebagai insan yang bertanggung jawab haruslah sedar akan sejauh mana satu keputusan itu boleh merubah perjalanan hidup generasi semasa dan generasi masa hadapan kelak.

---------------------------------Good Luck to All Malaysians---------------------------

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku