Belenggu Ilmu

 Kenapa pendidikan kerap dikecam?

 

Kita sekarang berada di landasan pendidikan ke arah populariti: bukan pendidikan berteraskan pembangunan.

 

Kenapa saya mengatakan begitu?

 

Mengejar populariti itu bertujuan untuk memberitahu ataupun memenuhi kehendak pihak yang menjadi taruhan dan fokus utama kepada kejayaan sesuatu perkara. Cuba kita kaitkan hal ini dengan pendidikan. Bayangkan satu polisi yang di bina, kemudian apakah langkah pertama - disebar luaskan kepada media; diwujudkan platform khas untuk ibu bapa dan komunit; diberikan nafas dengan lantikan duta dan program sampingan untuk promosi dan akhirnya akan di highlight as berjaya dengan rangkuman keseluruhan memuaskan hati; semua pihak terlibat berpuas hati. Ini adalah perjalanan pendidikan sekarang. Ini adalah landasan kejayaan meraih populariti.

 

Mari lihat pergerakan kearah pembangunan pula. Dasar dikaji dan ditentukan oleh pakar, perlaksanaan merangkumi aspek ekonomi dan keperluan masa hadapan. Kakitangan dilatih dan diberikan ganjaran jika penambahbaikan dilaksanakan. Tiada istilah kejayaan dan keperluan untuk komuniti luar pendidikan campurtangan kerana ini adalah asas pendidikan. Perjalanan program diukur berdasarkan tempoh masa rancang semasa dan dibentangkan pada semua peringkat. Ketetapan polisi merangkumi pihak pengkaji, pihak pentadbir, pihak perlaksana dan pihak sokongan. Pandangan dan keperluan awam dijadikan nilai tambah keperluan luaran. Program dikaji keberkesanan berdasarkan praktikaliti dan ketepatan keperluan.

 

Mungkin ada pihak yang cakap, kedua-dua itu berlaku serentak la. Mana ada dasar kita yang tidak dilaksanakan atas konsep pembangunan dan kita perlukan jugak populariti untuk kesedaran.

 

Saya cakap “ Hentikan!”

 

Bayangkan. 40-30 tahun lepas semasa asas KBSR & KBSM dibentangkan di Parlimen oleh Dr. Mahathir. Bagaimana “populariti” memainkan peranan? Adakah dasar itu mempunyai duta khas? Adakah dasar or konsep kurikulum itu memberikan “hadiah” khas untuk kejayaan? Secara jujurnya adakah ibu bapa kita ketika itu dilibatkan secara terus? Kenapa apa yang berlaku sekarang tidak berlaku pada ketika itu? Adakah pengakhiran dasar itu memihak kepada semua orang berpuas hati? Berapa banyak kesilapan dan pembaharuan dalam dasar yang dilakukan sepanjang tempoh ia capai tahap matang dan akhir berakhir kerana di situlah tujuan.

 

Zaman mungkin berubah. Pandangan tidak sama. Itu betul.

 

Tetapi sejarah, ia berulang dan ada kesilapan yang muncul.

 

Kita sedang beralih kepada realiti, populariti mendominasi pembangunan.

 

40-30 tahun dulu, who care what our parent say! Who would want an artist to be icon for education. P-Ramlee dalam filemnya Ibu Mertuaku even merendahkan martabat artis untuk menunjukkan walaupun ko berbakat dan popular, itu bukan ukuran masyarakat. Tapi kini: kita sanggup terima artis yang tak pernah berdiri mengajar dalam kelas as icon; berbanding guru yang dah 30 tahun berdiri bersama sistem yang tak pernah kekal. Kita zahirkan kejayaan kepada anak muda yang berjaya score “like” berbanding guru yang berjaya melahirkan celik bahasa dan numerasi. Kita mahukan suara masyarakat dan kepuasan awam dengan kejayaan pengiktirafan tertinggi, sedangkan semua tu tiada sumbangan kepada keperluan negara.

 

Ingat 40-30 tahun dulu, kita ada masalah banjir. Setelah sistem pendidikan negara berkembang - kemampuan kita paling tinggi adalah membawa Smart Tunnel sistem, dokumentari penuh kejayaan besar - tetapi masih kita masalah banjir. Singapura negara yang sama mempunyai sistem yang sama; hampir tiada kedengaran lagi masalah itu.

 

Kesilapan itu dah muncul. Kenapa menafikan? Saya sangat tak faham.

 

Kenapa kementerian yang sepatutnya meraikan kegagalan sebagai peluang untuk bangkit semula, bina balik asas dan perkukuhkan kefahaman - cari ilmu baru; iltizam baru; fokus baru -- tapi takut dan malu untuk terima kegagalan malah berdalih, malar tunjuk jari kepada yang tidak professional kerana tidak sama nada dan ritma kerja.

 

Why kita berpegang kepada Perlembagaan Pendidikan ; pembelajaran sepanjang hayat. Tapi sebenarnya hayat itu kita letak sudah “destinasi”, kita letak sudah “anugerah”, kita letak sudah “kejayaan” sebagai akhirnya.

 

Populariti.

 

Terus terang. Its politik.

 

Tak kisah siapa ketua. Selagi Menteri adalah petunjuk utama. Selagi Menteri adalah tokoh rujukan utama. Populariti.

 

Saya tak salahkan Menteri. Menteri suara rakyat. Menteri pilhan rakyat. Mereka insan popular. Itu adalah kehidupan mereka. Itu makanan mereka, itu nadi mereka - itu kerjaya mereka.

 

Kalau dulu, ketua penjawat awam adalah Pengarah dan Menteri akur kepada Pengarah. Pengarah adalah pengemudi dasar. Dia yang merancang. Menteri sekadar penyemak kepada dasar, untuk memastikan dasar masih selari dengan tanggungjawab yang diletakkan dalam Perlembagaan dimana rakyat percaya Menteri jujur dan amanah akan suarakan jika Pengarah salah guna kuasa.

 

Sekarang Menteri pengemudi dasar. Suara Dasar datang dari ilham dan semangat Menteri kerana dia adalah suara rakyat; Pengarah duduk dan tunggu arahan kerana takut kelak dituduh salah guna kuasa, Pengarah pula penyemak dasar jika ada masalah - jika ada pertindihan dasar dan jika itu berlaku Pengarah tiada kuasa kerana tindakan masih perlu melalui Menteri lantas populariti menjadi ukuran.

 

Untuk jadi Pengarah anda perlu jadi yang terbaik dalam sektor itu, ini hakikat nya.

 

Untuk jadi Menteri anda perlu ada perwakilan rakyat tertinggi dalam kawasan.

 

Sekarang, Menteri memilih Pengarah.

 

Tanpa perlu jadi terbaik, anda hanya perlu jadi rakan dan “popular” dimata Menteri. Saringan akhir “apa kata Menteri”.

 

Dulu kita gelak kepada Sammy Vellu; Menteri  kerap memberi jawapan yang salah. Kenapa jawapan nya salah? Dia tidak tahu dasar dan bukannya dia pemutus dasar. Kenapa dia tak tahu, dia adalah bukan Pengarah. Dia hanya Menteri - bila dia salah ataupun kejadian buruk berlaku Pengarah yang gelabah, - itu salah pentadbiran - siapa yang berkuasa untuk tukarkan Pengarah itu-Menteri kerana berlaku kesalahan. So Sammy Vellu kekal Menteri walaupun jawapan salah.

 

Sekarang kita kagum dengan Pengarah Kesihatan - dia adalah pengemudi dasar. Siapa pun Menteri berdiri di sebelahnya, di depannya. Dia tetap insan terbaik dari Kementeriannya. Jangan lah pula kita nak memuji, dia bukannya kita yang pilih - yang kita pilih tu Menterinya. Itu wakil kita. Nilai la sendiri keputusan “popularitinya”.

 

Kita harus bersyukur, dasar kesihatan belum terpengaruh dengan “populariti”. Kerana walaupun Menteri mampu, mereka tetap takut kerana disitu lah nyawa dan kesan nya nyawa mereka sendiri.

 

Pendidikan adalah lubuk politik! Jika kamu menguasai pendidikan maka perjalanan politik bebas.

 

Isu perkauman tak pernah hilang, kerana dalam pendidikan - politik masih mengasah dan menajam bilah itu.

 

Isu agama tidak pernah selesai, sebab setiap menteri mengemudi kemana arah mazhad bakal ustaz dan ustazah dan bagaimana agihan mereka, dan tiada siapa peduli pendidikan asas keagamaan bagi bukan beragama Islam di peringkat sekolah - mereka hanya perlu bermoral. Sebab itu lebih bermoral komuniti bukan beragama Islam di negara ini.

 

Ini adalah ulangan sejarah.

 

Ini adalah mengejar populariti.

 

Ini adalah barah.

 

Tapi siapa peduli.

 

Ilmuan mati tidak terkesan, ahli politik mati - jatuh dasar menyembah bumi.

 

Adakah sudah terlewat? Belum pasti; ada yang masih berkerja untuk rezeki, masih gigih berdiri menulis peringatan di pagi hari, masih berpesan kepada diri - jangan terleka taksud kepada Menteri.

 

As simple as, jangan toleh ke kanan dan kiri; jangan berlari jika gagal berkali kali, jangan ditangisi suara yang memaki - kerana hanya yang bernilai adalah ilmu, berbakti itu adalah budi dan pekerjaan pintu rezeki.

 

I’m saying this as always - untuk diri sendiri.

 

Jika populariti diteruskan sebagai kemudi, jika hakikatnya dasar kerja untuk memberikan kepuasan Menteri - teruskan lah wahai pendidik, banyak suara tidak puas hati - banyak kerja yang menanti dan tiada satu pun akan terbukti memberikan erti kepada tugasan hakiki.

 

Anda akan terus terbelenggu, terus terpaku dan terus bersuara untuk memperaku - kebenaran itu bukannya palsu.

 

All I believed is : Perlembagaan adalah satu. Pendidikan berterusan sepanjang hayatku. Tiada destinasi mahu dituju, hanya buku dan ilmu beribu ribu batu….

 

Thank you…

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku