UMNO DI PENGHUJUNG REALITI


Betul ke tanggapan umum sekarang nie yang mengatakan corak pemerintahan Barisan Nasional dan jugak UMNO secara umumnya makin mundur ke belakang dan menghampiri gaung sebelum jatuh berderai.

Sebenarnya para sahabat dan pembaca yang setia, UMNO telah lama berada pada landasan ini dan kini yang menjadi nyata adalah apabila tiada lagi ruang dan peluang untuk mereka mengaburi mata masyarakat dengan permainan politik ini.

Beberapa peristiwa lepas dari seawal kemunculan parti ini, drama politik dan kepincangan pemimpinnya menjadi wadah untuk semua tetapi kita tetap terpaksa akur dengan parti ini dengan alasan tiada lagi calon yang berkelayakan untuk memimpin.

Dunia telah berubah dan aliran pemahaman juga turut berubah dan kini ternyata sudah pemimpin lama yang masih tegar berlegar dalam parti UMNO adalah tidak lagi relevant dan tidak mungkin dapat menggariskan kehendak masyarakat yang selari dengan tuntutan semasa.

Saya sebagai pengundi dan juga sebagai rakyat Malaysia berasa hampa dan kecewa dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam arena politik kini. Tiada berpenghujung dan tiada juga titik tanda bahawa ada pihak yang mahu menyerah kalah dengan perjuangannya.

Sebagai seorang guru, saya mendidik seseorang itu untuk menghargai sesebuah kegagalan kerana kegagalan itu adalah satu peluang untuk kita mencuba dengan lebih baik di masa hadapan, dan saya juga tegaskan kejayaan itu merupakan satu titik tolak untuk melakukan sesuatu yang lebih besar daripada pencapaian semasa dan tidak mungkin orang yang berjaya itu seharusnya berasa selesa dan gah dengan kejayaannya.



50 tahun lebih kita merdeka, kini kita sebuah Negara yang matang dan wajarlah kini kita memperhalusikan kehendak dan tatabudaya Negara ini untuk diperjuangkan di masa hadapan.

Tanpa UMNO ataupun bersama UMNO, kita tetap akan dan masih boleh berjaya dan inilah realiti yang seharusnya semua rakyat Malaysia fahami. Kita sudah dewasa dan bapak-bapak perjuangan kita sudah berada pada garis terakhir perjuangan mereka.

Kini kita sebagai sebuah Negara harus mula mengorak langkah, bangga dan yakin akan mampu untuk membawa dimensi baru dalam corak politik dan kepimpinan semasa yang bertunjangkan masyarakat  dan keharmonian sejagat.


Saya mewartakan bahawa rakyat Malaysia berperlu lebih terbuka dalam aspek demokrasi dan berjuang untuk mempertahankan komuniti dan masyarakat yang bersatu padu kearah perpaduan dan keamanan global.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku