SEKS-KEBEBASAN DAN KEPUASAN







“aku masih ingin bercinta”! terdetik hati seorang wanita untuk mencari pasangan dalam kehidupan ini. Aturan langkah sudah dilakukan, segala kelengkapan untuk memperdagangkan tubuh bagi menarik mata sang jejaka sudah pun direncana. Pakaian yang singkat, tawa yang mengoda sehinggalah tutur langkah yang penuh berahi. Semua ini telah pun dirancang, seakan-akan cinta itu perlu untuk kehidupan yang lebih baik. Penjenamaan semula diri si wanita telah berjaya, sang jejaka mula mendekati dan cuba untuk mengenali. Pada mulanya semuanya seolah-olah apungan dalam alam yang penuh dengan kegembiraan. Masa makin berlalu, cinta mula berputik dan kasih mula terlerai kepada sentuhan-sentuhan yang penuh dengan kenikmatan. Nadi seorang wanita berdetik kegembiraan apabila perhatian yang diberikan sang jejaka penuh dengan rasa kasih dan setia.

Kenikmatan yang mereka miliki kini telah pun melonjak kepada keintiman yang mendalam. Bermula dengan lafaz kata-kata yang penuh bernafsu dan beralih kepada sentuhan-sentuhan yang mengujakan dan akhirnya perbuatan yang akan menghalalkan segala hakiki dosa yang bakal mereka hidup selama-lamanya. Bukannya itu masalahnya, cinta seorang wanita kepada sang jejakalah yang merelakan segalanya. Kononnya cinta itu perlu diiringgi dengan kecantikan, kononnya cinta itu lebih berseri jika rupa paras pasangan setanding dan setimpal sesame sendiri. Semua itu hanyalah khayalan yang akan hanya membawa kepada perbuatan ranjang yang kurang memuaskan. Penetrasi yang berlaku disebabkan nafsu yang hanya lahir disebabkan oleh perasaan kasih dan sayang pada rupa hanyalah membawa kepada kenikmatan yang sementara. Ia sememangnya memberi kepuasan dan memberikan dimensi baru terhadap kenikmatan tetapi percayalah ianya lebih membawa kesempurnaan jika dilakukan dengan cara yang lebih menghalalkan!

Seorang wanita hanya menyerahkan dirinya untuk membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi-tetapi itu hanya pada permulaan, bagi kelakuannya yang berterusan itu dia hanya melakukannya untuk keseronokan dan perasaan yang dipuaskan hanya dengan nafsu itu. Bagi sang jejaka, tidak ada banyak bezanya- nafsu adalah nafsu dan jika tidak bernafsu anda adalah gagal! Kelakar kehidupan ini apabila keindahan dilihat menggunakan mata bukannya mata itu digunakan untuk melihat keindahan. Jangan salahkan kurangnya didikan punca segala permasalahan kerana didikan itu tidak pernah berkurangan dan yang menjadi kelainan hanyalah setakat mana kebebasan dalam didikan itu diberi penekanan.

Kebebasanlah punca semuanya bermula dan ianyalah pengakhiran terhadap permasalahan yang berlaku. Berikan mereka kebebasan yang sepatutnya mereka miliki. Pada awalannya seorang wanita itu hendaklah tahu akan kebebasan dalam menjadi diri nya sendiri tanpa disulam dengan tanggapan dimana untuk dicintai tubuhnya perlulah ditayangkan. Sang jejaka pula perlu diberi kebebasan untuk memahami keindahan pada tahap yang lebih mendalam. Jangan mendidik diri untuk melihat yang indah dan cantik sahaja. Jangan memaksa diri untuk selalu dilihat bersedia dan teratur kerana alam semula jadi itu terlalu semula jadi untuk dikawal.

Kehidupan kita bukanlah suatu taman yang perlu diselia dan ianya bukanlah untuk keindahan di mata sahaja. Taman yang indah dan sempurna tetapi gagal untuk menampung kehidupan adalah merupakan racun terhadap hidupan lain serta tidak berguna dan kelak akan mati dengan sendirinya. Alam semula jadi mempunyai keupayaannya yang tersendiri untuk membentuk dan menyempurnakan dirinya tanpa bantuan kita. Begitulah hendaknya suatu didikan itu! Biarlah proses didikan itu berjalan dengan sendirinya mengikut acuan yang telah dipegang oleh setiap insan yang bergelar pendidik. Kerana terlalu mengawal proses didikan itu bakal membawa kepada kemusnahan sebaik sahaja proses itu gagal dikekalkan. Ingatlah tiada sesuatu pun yang kekal dalam kawalan manusia kerana bukannya diatas kuasa kita untuk mengawal segala sesuatu!

Tetapi siapalah yang berminat untuk mengetahui ini semua-kerana nafsu itu terlalu memuaskan. Bukankah itu yang dipentingkan pada zaman ini-kepuasan dalam diri! Lihatlah sejauh mana kita cuba untuk berjaya semata-mata untuk memberikan kepuasan kepada diri! Sedangkan penulisan ini juga ditulis semata-mata untuk memberikan kepuasan terhadap pemikiran si penulis maka itulah hakiki zaman ini- kepuasan diri!

Fikirkanlah dimana kita sepatutnya berada dalam mencari kepuasan terhadap diri sendiri. jangan terlalu alpa untuk berjaya kerana kegagalan itu adalah lebih bermakna dari segalanya. Beranikan diri untuk gagal dan jangan sesekali biarkan kegagalan menjadi pendoman kehidupan! Hanya insan yang pernah gagal tahu menghargai kejayaan!

Jagalah diri dari seks-ertikan lah kebebasan dengan pandangan yang lebih bermakna dan jangan alpa terhadap segala kepuasan kehidupan!~







Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku