bencinya hidup ini! MANISNYA HIDUP INI!

Pernahkah anda terjaga dari tidur anda dan terfikir adakah ini kehidupan yang aku mahukan dalam hidupku? Adakah aku perlu menjadi insan seperti ini dan membuat keputusan sedemikian bagi membentuk siapa aku? Tidak pernah kita hidup dengan tanggapan bahawa kita adalah kita yang mampu untuk mengubah segala. Kita hidup dengan aturan dan juga dengan andaian bahawa apa yang penting adalah kehidupan kita. Sejauh mana gunung kita langkah sedalam mana lautan kita renangi kita masih lagi berjaya mewarnakan kehidupan. Bukan ini yang patut kita bincangkan tetapi kita patut cuba merungkai erti kehidupan. Apa yang anda mahukan di dalam kehidupan ini? Saya mahukan sahabat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada jiwa dan memahami hati naluri diri supaya segala permasalahan dapat di atasi dengan mudah. Saya memiliki sahabat itu dan saya bangga denganya. Bagaimana pula anda? Apakah makna kehidupan anda? Mencapai cita-cita yang telah dicipta sejak dahulu lagi. Kini saya telah berjaya mencapai cita-cita saya. Tujuan hidup saya penuh bermakna kerana inilah cita-citaku dan saya berjaya memperolehnya. Tidak pernah hidup ini terasa sunyi tanpanya. Kalau begitu apakah sebenarnya kehidupan kamu? Kehidupan saya bermakna apabila semua orang yang saya sayangi dan cintai bahagia. Mereka adalah tunjang kehidupan saya dan kalau mereka rasakan saya perlukan sesuatu maka saya benar-benar perlukan sesuatu. Merekalah cahaya yang menyinari hari-hari saya. Akan tetapi dimanakah kehidupanmu? Hidup saya didunia ini adalah untuk berbakti dan beramal soleh-membuat perkara mengikut ketetapan Tuhan Pencipta Alam. Saya lahir sebagai seorang yang melihat dunia dengan penuh dugaan dan tujuan kehidupan ini adalah untuk mencari pendoman hidup yang kemudiannya akan menjamin kebahagiaan yang abadi. Itulah kehidupan yang sebenar!

Telah banyak yang kudengar tetapi ini semuanya sama. Kehidupan mereka sentiasa berbentuk indah dan permai. Kini kehidupan adalah sesuatu yang menduga. Kehidupan memberikan kita sesuatu yang kita sendiri tidak menjangka. Inilah apa yang anda mahukan dalam kehidupan. Seorang sahabat yang tidak pernah peka terhadap sahabat lain dan hanya memperdulikan dirinya sahaja. Sahabat yang hanya muncul dikala bantuan dikehendaki, sahabat yang mengutuk dibelakang diri, yang menyebarkan fitnah serta dengki. Seseorang yang tidak pernah hadir tanpa alasan dendam dan benci-itulah sahabat yang diberikan kehidupan. Kehidupan memberikan sejuta makna dan sepertinya adalah cita-cita. Cita-cita mampu tercapai kalau kita berjaya mengorbankan diri. Memperjudikan nasib serta mendedahkan diri kepada perbuatan mungkar demi mengejar cita-cita. Masa terbuang, keceriaan tidak pernah muncul tetapi kegagalan dielakkan. Gembira perlu bersebab dan segala kelakuan hendaklah bertempat agar cita-cita tidak mudah musnah diapit keinginan. Satu perbuatan yang sia-sia kerana kehidupan tidak pernah menbentuk cita-cita. Kehidupan sebenarnya adalah kasih sayang dan cinta. Cinta yang disalah ertikan; cinta dimana kasih dizahirkan dengan kekayaan dan nafsu. Cinta yang hanya mampu bertahan selagi segalanya indah pada pandangan. Cinta yang membelahkan sahabat-yang memusnahkan tamadun dan menghapuskan darah daging sendiri. Kasih yang tidak pernah diluahkan dan hanya hanyut dalam kata-kata janji yang tidak bermakna. Inilah anugerah kehiupan kepada kita. Dan inilah perjalanan kehidupan. Destinasinya adalah hidup berkekalan pada akhir zaman. Zaman yang kita lalui dengan perasaan yang penuh luahan rasa dendam. Kita menjadi kaum yang terbelah oleh perbezaan ketuhanan. Kita benci dan hina segala maki sesama sendiri kerana kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita mampu menghukum golongan yang gagal menerima kerana kita gemilang di mata dunia!
Inilah hakiki kehidupan dan inilah apa yang kita lihat sebaik sahaja mata kita melihat. Indahnya dunia yang kita miliki. Indahnya hati yang sesat dan tuli!


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku