cerita cintaku!



Sudah lama kita tidak bercerita. Bukannya cerita itu sudah tiada tetapi kerana selama kita tidak bersua maka cerita itu diam membisu seribu duka. Banyak cerita yang boleh diungkapkan dan banyak cerita yang boleh dileraikan tetapi cerita tentang bicara hati tetap menjadi nukilan zaman. Cerita tentang kasih tercinta dan pendoman hidup sering kali menjadi warna terindah hakiki alam.

Ceritaku mengenai kekasih hati tidak mungkin menjadi wadah cemburu insan si pembaca. Cerita ini mengenai sahabat dan rakan yang bercinta tanpa mengenal rupa dan suara. Cerita cinta yang terbentuk di alam maya berkongsi cerita dan madah luka.

Sahabat dan rakan tidak pernah menyangka hati berdua sering terpaut kerana persahabatan itu indah terperi tanpa cacat cela. Kata bicara sering memahami, erti nasihat sering menyeri dan senyuman indah mengungkap di hati. Ini cerita indah, cerita tentang permulaan cinta yang mengubah wajah mereka.

Cerita ini tidak akan berakhir dengan luka kerana terbedah hati melihat permata indah yang telah lama terbentuk dan tidak mungkin hilang nilainya walau berzaman cintanya. Cerita ini bukannya baru diulik senja tetapi fajar terang mengindah alam. Cerita ini membunyikan bicara kepada angkasa raya yang tidak pernah mendengar berita.

Inilah cerita hati bila sahabat dan rakan menjadi satu, bila mentari menunggu bulan untuk bertemu mengindah gerhana di bumi manusia. Inilah hakikatnya dan inilah permulaan ujian dan perjuangannya. Tiada siapa yang mampu mengolah erti cerita dan mungkin tiada siapa yang mampu memahami tetapi terimalah dengan nyata bahawa ini telah terjadi dan terimalah dengan akal bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

Sahabat berdiri teguh menanti, rakan bekerja keras memberi erti dan inilah yang telah terjadi. Kisah cinta dimana kekecewaan membawa erti dan perjuangan bersama menjanjikan bahagia. Cinta itu patutnya dihati dan menjadi kukuh apabila sentiasa diperbaharui.

Sahabat dan rakan bercinta bukannya untuk memberi nafsu tetapi untuk memberi ilmu kepada semua bahawa cinta itu mampu berdiri dengan sendiri. Terlalu banyak kata indah yang boleh ditulis untuk membuktikan cinta dan terlalu banyak janji yang boleh diolah untuk menperindahkan cinta. Akan pasti kesetiaan menjadi nadi teguh cinta pasti dan kejujuran menjadi denyutan hati untuk mencintai diri hingga ke akhir zaman.

Cerita ini baru bermula dan cerita ini terungkap dengan begitu indah semuanya. Kita berharap cerita ini tidak menjadi gundah bicara dan kita berdoa cerita seperti ini tidak berakhir dengan derita. Ceritalah kepada semua kisah cinta mu semoga sahabat dan rakan boleh memperoleh ilmu yang mendewasakan cerita cinta mereka sepanjang zaman.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku