kecewa diriku kecewa


Menarik tentang diri ini adalah kasih sayang yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Dia tidak pernah alpa kepada diri ini. Dia mengetahui segalanya, mampu memberi limpah kasih yang teramat banyak malah tidak pernah mengecewakan diri ini tetapi lembah hati seorang insan ini tidak pernah tahu erti puas dan tidak pernah mampu.

Aku pernah dikasihi oleh seorang insan yang teramat suci, dia adalah yang terbaik dalam hidupku. Tetapi bagai duri yang menemani bunga, bagai cahaya yang tidak bermakna tanpa kegelapan; kami terpisah. Bukan diatas takdir, tetapi kerana kehendak permintaan yang merungkai hati supaya nada nyawa didahulukan. Aku punah, aku musnah dan yang lebih penting aku bahagia. Aku berjaya menyulam akal dengan ilmu, aku berjaya berkata-kata dengan makna bahkan aku mampu membinasakan garisan kepada lukisan. Aku lengkap dengan segala kemahuan dunia, aku sempurna di mata rakan, aku warisan kepada keluarga dan aku adalah tunjang kepada diriku. Seeloknya aku tidak lengkap jika aku memiliki segalanya, aku kehilangan dia dan ajal jodohku tidak pernah hilang sebegitu sahaja.

Aku dijumpakan dengan insan berakal sempurna tetapi hilang pula dirinya entah kemana.

Aku dijumpakan dengan insan berhati bercahaya tetapi aku kianati cintanya.

Aku dijumpakan dengan insan bersinar cintanya tetapi aku lebih menyerah kepada takdir sahaja.

Aku dijumpakan dengan insan berotot setia tetapi aku tidak berani bersamanya.

Aku dijumpakan dengan insan bernada serupa tetapi aku tidak memilikinya.

Aku telah berjumpa dengan mereka semua tetapi aku tidak pernah tahu memberikan erti kepada hakiki anugerah Illahi yang telah sempurnakan segalanya.

Aku teringat tika aku berlagu sedih, hujan menemani ritma hatiku-pepohon bersinar menyalakan cahaya dalam jiwa ku. Bunga bertaburan menyambut aku kearah perjalanan yang lebih bermutu. Burung berkicauan memberitahu erti keindahan kepadaku. Air mengalir menyucikan segala kenangan silam dan udara melafazkan nyawa kepada hatiku supaya mengerti ujian yang menimpa. Alam tercipta bukan untukku tetapi alam tercipta hanya kepada ku!

Kehidupan ini menyempurnakan aku tetapi kejadian aku tidak mengizinkan aku bermadah sempurna kerana dalam lubuk hatiku terdapat kecacatan yang meruntuhkan tiang jiwaku. Aku masih lagi bernafsu! Aku masih mencari kepuasan melebihi batasan keizinanNya! Aku masih bersandiwara dengan melihat hakiki dunia sebagai madah terhadap kehidupan sahaja. Aku masih lagi gagal mencari jiwa kerana aku telah menjadi tuli terhadap cahaya Illahi.

Sesungguhnya rupa yang ku miliki kini membayangkan hatiku. Sesungguhnya penyakit yang mengiringi diriku ini bertunjangkan dosaku. Sesungguhnya kematianku ini menjawab segala perilaku jahat ku. Aku tahu dan mengerti! Nerakalah pintuku!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku