2013 :Politik Khayalan

Dipagi yang indah ini, ku duduk sendiri- berfikir tentang “what next?”= ayahku sering bertanya soalan ini kepadaku. Di sebalik sudut fikiranku terlintas satu memori dimana ternyata tidak ramai yang memperkatakannya. Mungkin kerna sekarang bukanlah masanya untuk mengemukakan persoalan tentang masa hadapan tetapi mungkinkah kita sering kali terlalu alpa dengan kemewahan.

Persoalan yang bermain difikiranku adalah wujudkah 2013 bagi kita semua? Bukan persoalan akhir zaman tetapi ini lebih kepada hakiki politik Malaysia pada masa kini. Siapakah bakal menguasai arena politik ciptaan Barat yang berlandaskan kebebasan rakyat.? Apakah yang bakal terjadi sekiranya Sipulan U menang- ataupun Sipulan P menjadi juara tika dunia masih dibayangi penjajahan minda?

Melihat kepada sejarah negara, tidak semua sedar bahawa polimik yang berlaku sekarang merupakan titik permulaan kepada satu bentuk revolusi yang baru. Tidak pernah dalam sejarah negara-sejak selepas kemerdekaan, kekuatan perjuangan ideologi politik menjadi begitu kuat dalam mempengaruhi rentak fikiran rakyat. Adakah kita sudah bersedia untuk memperkatakan tentang kuasa dan keadilan?

Jikalau menjadi sejarah kemenangan itu masih kekal bagi pihak yang sama, satu bentuk cabaran baru terpaksa diharungi. Cabaran ini bukanlah bercorak dalaman tetapi telah dipatenkan dari segi luaran supaya perjuangan untuk menegakkan keadilan menjadi nadi terhadap kuasa yang memerintah. Mungkin tidak ramai menyaksikan perkaitan diantara peperangan dan perjuangan serta tidak pula ramai yang sedar bahawa disebalik kemelut dunia ada pihak yang mampu tersenyum. Senyuman ini terukir disebabkan rakyat yang bangun menentang adalah dari golongan mereka yang berfikiran hakikat kebenaran adalah didunia. 

Bukanlah menjadi hasutan dalam memporak-perandakan kepercayaan malahan bukanlah bertujuan untuk merosakkan idealisme perjuangan anda tetapi pernahkah anda melihat siapa yang menang bila kita sering tuduh-menuduh, siapa yang menang bila kita lebih bisa menilai kelemahan daripada kebebasan. Tidakkah kita tahu selagi kita mampu mendengar tomahan dan cacian serta ketidak-adilan maka selagi itulah kita masih bebas dalam bersuara. Tidakkah kita tahu bahawa tiada manusia ini terlepas dari penilaian terhadap kelakuannya walaupun sebesar zarah sekalipun kesalahannya. Adakah kita manusia yang lahir untuk menzahirkan hukuman keatas yang bersalah dengan mencemuh dan menyerang sifatnya yang tidak sempurna. 

Lantas siapakah kita? Pemusnah yang berpegang kepada keadilan—tidakkah itu menjadikan kita penjajah seperti mana kita pernah dijajah dahulu. Setiap penjajahan bermula dengan suara yang menegaskan terdapat kehidupan yang lebih baik daripada sekarang. Tidakkah itu titik permulaan British dan empayar dunia lain dalam perjuangan mereka.

Inilah yang akan berlaku kelak- penjajahan yang berlaku dalam kalangan kita tanpa kita sendiri sedar. Jika kita jatuh dan roboh maka kita lemah serta terdedah kepada tekanan dan walaupun kita yakin terhadap kebangkitan kita, sedetik sahaja kealpaan kita telah memusnahkan sedekad kemajuan yang kita kecapi- mampukah kita menzalimi generasi yang kita sering katakan kitalah pejuang hak mereka.

Itupun kalaulah pihak sekarang berjaya bertahan memegang gelarannya. Apa kata kita lihat disebalik bola kristal akal apakah yang berlaku sekirannya mereka sekumpulan menjadi juara.? Tidak diragui satu bentuk perubahan yang besar bakal terlaksana dimana semua yang ada bakal menjadi tiada dan semua yang tiada bakal menjadi nyata.

Pendedahan dan hakikat nyata akan menjadi tajuk utama untuk semua melihat dan untuk semua rakyat tahu menilai. Titik perubahan bakal menjelma dimana tradisi akan menyaksikan kebangkitan revolusi yang mengubah cara hidup masyarakat kini. Bayangkan jika tradisi membasuh kaki sebelum memasuki rumah dihapuskan dan dibiarkan berkasut didalam rumah menjadi amalan maka siapakah yang hendak disalahkan. Anda mungkin ketawa kerana rujukan itu begitulah mudah dan hakikatnya siapalah yang peduli tetapi pejamkan mata dan lihatlah betapa banyak perkara yang mudah dan tak dipedulikan bakal hilang bersama-sama tradisi. Sekali lagi nukilan ini bukan untuk menakutkan dan bukan untuk menolak anda bercanda dengan fikiran tetapi inilah yang bakal ditelan zaman jika segelintir mereka juara pada hari penentuan.

Tidak adil sekiranya kita tidak melihat kepada sejarah, seperti mana kita memihak kepada pihak yang telah kalah sebentar tadi. Sejarah yang berlaku ini tidaklah sedekat dihati kita, malah tidak dipandang oleh kita sebagai hakiki yang penting kerana kita berbeza dan kita berjaya. Jika kita berjaya dan berbeza kenapa agaknya seseorang itu bangun dan mengatakan kita perlu mengubah segalanya. Tidakkah perbezaan kita telah mengubah segalanya di mata dunia- tidakkah apa yang kita ada kini tidak dimiliki oleh mana-mana pihak lain dan kita tetap mampu melangkah berjaya. Ohhhh kita lupa satu perkara rupanya, kita boleh lebih berjaya maka bangunlah insan yang berpegang kepada perjuangan ini dan dimanakah terdapatnya insan yang bangun berjuang untuk memperbetulkan negara- kita ada beberapa contoh yang menarik dan jika saya memilih contoh yang terpaling radikal ini maka semua bakal terpegun dan terpesona.

Kita pernah mendengar si Hitler yang berjaya mengemudi negara berjuang diatas landasan yang dia percaya merupakan satu perjuangan yang berkesan. Kita mungkin terlalu mengagungkan insan yang bangun kini untuk disamakan dengan si Hitler tetapi hakikatnya itulah dia si pejuang keadilan yakni hanya dimatanya sahaja mampu kebenaran terpancar. Pernah anda menyoal siapkah sesudah Hitler? Kenapa begitu senang perjuangannya tamat dan dimanakah orang-orang yang bersamanya yang berpegang kepada kepercayaan beliau… tanyalah kepada diri anda satu persoalan siapakah pengganti si juara A jika misi dan keinginan beliau tidak tercapai. Adakah mereka sekuat yang kita sangka ataupun sekadar pejuang yang mati ketakutan dibayangi kebenaran.

Sebenarnya jika juara ini adalah secara berkumpulan maka adalah susah untuk kita menilai ianya lebih dari sedekad lama. Tidak banyak yang mampu dilaksanakan jika langkah yang diatur adalah mengikut peredaran undang-undang. Setelah itu janji akan hanya tinggal bayangan dan kita akan mendengar jeritan dan pujukan yang sama, dan itu bukannya dalam masa yang sekian lama.

Kita mungkin akan hanya pasrah dengan pilihan yang bakal terjadi tetapi ingatlah kepada kita semua yang berfikiran panjang dalam menentukan masa hadapan. Kita adalah titik perubahan dan tidak mungkin siapa ataupun pihak mana sekali pun yang menjadi juara perwakilan kita – jika kita sendiri tidak pernah bangun dan menginsafi diri maka kita tidak akan bisa puas mencari kebenaran yang hakiki.

Ingatlah jihad yang nyata adalah melawan nafsu diri dan amat memalukan kerana aku yang jahil ini pula diberi fikiran untuk membuat peringatan yang kurang diberikan perhatian. Jika terdapat kesalahan fakta ataupun tercaci sesiapa ingatlah kepada diri sendiri bukannya aku ingin menghasut dan membelahkan kita sejurus itu mengapakah kamu melihat penulisan ini dengan penuh ketidak-sempurnaan. 

Maafkanlah aku sipenulis buta kerana tulisan ini ditulis dengan jari jemari sahaja bukanlah dengan mata. dan hanya akalku lah yang mampu bersuara- hakikatnya hatiku masih pendam segala luka!   

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku