jiwa merdeka anak malaysia


Merdeka-merdeka-merdeka! Ntah bila ler kemerdekaan ini akan disambut dengan aman- terasa segalanya berubah apabila kebebasan telah disalah dengan ertikan. Pada mulanya aku pun berasa seperti tidak adil apabila ada sahaja yang  mempolitikkan kemerdekaan  ini akan tetapi apabila tiada siapa pun bangun mengatakan hal ini adalah salah maka tersemat sudah hakikinya negara ku ini bakal menjadi medan politik manusia semata. Cuba bayangkan bukan sahaja tiada satu logo yang menarik minat  malah slogan juga menjadi terbelah kepada beberapa kepercayaan propaganda politik.

Sudah-sudahlah membelah masyarakat; tidakkah kamu semua malu memperjuangkan  perpecahan. Tidakkah pernah kamu melihat bahawa tiada apa yang lebih baik daripada memperbaiki diri sendiri.
Memang semua orang melalui buaian nafsu dan penipuan. Tidak pernah  sesiapa dapat lari dari dugaan kehidupan didunia ini tetapi jika kita hendak membogelkan semua kutukan manusia; seribu tahun pun tidak mencukupi untuk kita menghakimi segala dosa yang dilakukan mereka!

Entahlah aku sendiri pun dah muak untuk mengingati diri akan kebenaran yakni selagi kita masih boleh bersuara maka kita tidak pernahlah dizalimi daripada hak kita. Tapi payah bukan, kalau tiada yang mahu mendengar dan semua sibuk dengan kata-kata perjuangan.

Beringatlah ; jangan sehingga kita membawa pedang yang salah. Jangan kita menyusahkan diri kita dengan bayang-bayang sendiri. Lupakanlah hakikat ingin mencari negara yang lengkap dan sempurna. Tinggalkanlah cemburu kita dengan sentiasa melihat kesempurnaan orang lain. Kita tidak pernah sama dengan mereka dan tidak mungkin sama. 

Mungkin dah ramai yang menulis dan beringat perkara ini tetapi saya tidak pernah menyeru anda memihak kepada satu kepercayaan dan tidak pernah saya menyuruh anda berpegang kepada satu pihak. Saya hanya meminta anda hentikan sahaja segala kutukan dan segala perjuangan yang memecahkan kita. Kita tidak sempurna jika kita sendiri tidak nampak kesempurnaannya. Jangan ditanya kepada pihak lain kerana mereka tidaklah tahu siapa kita.

Saya harap saya tidak terlewat dalam menghentikan kebencian yang kian merebak ini! 

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku