percubaan untuk mencari cinta abadi


Pada suatu hari, aku berjalan dan berjalan mencari sebuah hati untuk dicintai. Aku tidak mengerti bagaimana untuk memikat jiwa dikala ramai insan yang hidup disekitarku. Perlukah ku mendekati dan memperkenalkan diri ataupun aku hanya menunggu untuk seseorang berkata terhadap diriku? Aku begitu keliru dan dengan itu aku pun cuba untuk tidak menarik perhatian ramai dengan berpura-pura sebagai seseorang yang hidupnya sudah cukup masalah untuk dihayati. Aku kemudiannya meneroka alam siber, dunia yang ku rasa bebas untuk menjadi diriku sendiri, dunia dimana aku menjadi berani untuk mendekati jiwa-jiwa yang harmoni denganku. Kebebasan inilah yang ku nanti selama nie; aku pun berkenalan dengan beberapa watak dari website yang ku minati. Hari dikira, saat terindah dinanti-hari bertemunya iaitu insan yang berjaya mengamit kata dengan penuh bermaknaterhadap diriku di dalam alam siber akhirnya tiba. Mulanya aku kurang yakin kerana aksinya kurang memberikan gambaran bahawa cintaku berbalas akan tetapi langkah seterusnya telah pun terserlah. Ini adalah saat yang dinanti-disinilah aku akan bertemu dan bercinta dan inilah kisah cinta sejati. Penantian tidak diragui lagi dan dengan bangganya diri ini melangkah masuk kedalam arena masyarakat. Berjalan seolah-olah jiwaku bukan milik sesiapa tetapi milik seseorang yang dinanti. Aku kepincangan untuk menghabiskan masa sambil menanti. Langkahku pun menjalar ke rak-rak ilmiah yang ku rasa bakal menghiburkan hati ini. Aku tahu masa yang dinanti adalah lambat lagi. Aku mula menyelak setiap muka buku dan disinilah aku temui teman kala hati ku masih menunggu jiwa yang bakal menjadi si jantung hatiku. Masa yang dinanti bakal menjelang dan hati terlonjak gembira. Inginku melakukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh golongan si pencinta. Aku memberanikan diri menghantar satu pesanan ringkas bertanya sejauh manakah aktiviti kita pada hari nie. Dengan nada yang sederhana ayatku telah pun ditolak, rupanya dia mempunyai agenda yang tersendiri. Begitulah aku rasa, mungkin ada kebenarannya untuk aku fahami. Aku pun berserah dan mengatakan itu tidak menjadi satu masalah. Penantian adalah sesuatu yang ku rela lakukan. Aku masih lagi tabah dan mampu untuk menghiburkan diri dengan sepenuhnya. Tetiba aku sangsi dengan maksud sebenar kata-katanya. Aku cuba untuk mencari kebenaran yang lain dan akhirnya keputusan telah dibuat. Mungkin penantian adalah sesuatu yang aku rela lakukan tetapi penantian adalah sesuatu yang tidak mungkin dia benarkan. Dengan menolak idealisme seseorang menanti dirinya untuk tiba sebegitulah ditolaknya hakiki ingin bertemu. Aku terpesona dan tertanya-tanya “menda kejadah yang berlaku sebenarnya”. Ingin aku terokai dengan lebih mendalam apa yang telah berlaku dan aku megorak langkah untuk bergerak dengan hati yang tenang. Aku telah pun bertemu dengan insan yang tidak mahu dirinya ditunggu demi cinta, kenapa? Kenapa itu menjadi suatu permasalahan? Aku akhirnya memahami bahawa semuanya ini adalah kehidupan. Tiada siapa yang ingin menunggu akan kematian dan jika cinta itu akhirnya kebebasan dalam hidup bersendirian maka penantian dalam percintaan adalah kesakitan yang tidak mungkin berjaya diubati. Kesimpulannya mungkin dia belum bersedia dan aku hanya terlalu teruja!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku