mimpi!

Jangan takut menduga mimpi kerana setiap mimpi itu merupakan ingatan yang belum pernah terjadi. Aku selalu bermimpi dan mimpi-mimpiku tidak pernah mengaibkan realiti. Percayalah kepada mimpi yang indah dan abadikanlah mimpi ngerimu sebagai suatu kutukan terhadap perkara yang keji. Tidak semua mimpi berzahirkan jalan yang permai dan tiada siapa didunia ini mungkin mentafsirkan mimpi kerana tiada makna dalam sebuah mimpi. Aku bermimpikan diri seorang ayah duduk bertongkat memberikan peringatan tentang bila peninggalan mu dan dimanakah terdapatnya peringatan. Akan tetapi itulah mimpi yang memejamkan mataku. Terbuka sudah mataku memandang cahaya dan tiada apa yang boleh aku perindahkan.

Aku bermimpi diriku ini sakit dengan penuh kehinaan yang teramat kuat sehinggakan nafasku berbau bangkai dan nasiku telan menjadi ulat-ulat yang berdarahkan nanah. Tetapi peringatannya jelas seumpama memberi kenyataan penderitaan itu adalah hasil perbuatanku dan tiada siapa yang akan menyinari hari-hari gusarku nanti.

Mimpi! Inilah kuasanya dalam memberikan ku butir-butir ayat untuk diriku sambungkan sebagai rantaian kata bercerita tentang cerita yang tiada pendoman. Aku adalah mimpi ingatanku yang sedang bercerita tentang kejadianku terhadap kelakuan diatas segala dosa kepada Maha Satu.

Kelakar bila kita bermimpi berjalan diatas permaidani bertatahkan kelopak mawar yang mekarnya seindah teratai dan harumannya sepermai nyanyian burung di rimba. Indah sungguh tasik yang pegun airnya dan bak kaca yang tidak memantulkan kecacatan dalam pantulannya. Seindah cahaya bulan yang menerangi malam tanpa memperlihatkan parutan zaman yang melukai setiap cinta yang bersumpahkan kesaksian bulan sebagai pengikat jiwa.

Itulah keindahan mimpi sempurna yang menjadi penawar terhadap lara yang menyerang duka tika kita berjalan dalam lurah dunia. Walaupun begitu kita tetap mahukan yang nyata, seakan berkata selayaknya mimpi itu menjadi syarat dalam kehidupan dan keindahan mimpi wajar menjadi kehidupan ini. 

Malulah dirimu jika dunia nyata menjadi mimpi indahmu dan jika mimpimu tidak pernah membayangi kekecewaan yang mendalam. Sepatutnya dunia akal dan dunia nyata menjadi tunjang yang membelah realiti supaya harmoni dalam jiwa dapat terlerai dengan sempurna. Hanya pada insan yang faham akan keinginan dan tahu akan keperluan yang boleh membawa kepada memberi erti dalam setiap mimpi.

Tidak perlu kamu tidur menginginkan hari-harimu seindah kesempurnaan mimpi, tidak ada yang lebih memuaskan untuk bermimpi dan mempunyai harapan. Mimpi itulah harapanmu dan setakat mana ia menyinari hidupmu tidak patut menjajah keinginan mu.
Aku tidak pandai bermimpi tetapi bawalah diriku di dalam mimpi mu dan akan aku nyatakan kepadamu mimpi itu hanyalah pintu ingatan kepada sebuah mimpi yang tidak diendahkan.      

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku