coretanku 2012

Titah akal adalah pada kata, titah hati pada lakunya. Cerdik akal kerana fikirannya dan indah hati pada kelakuannya. Semua itu sepatutnya menjadi ikutan tetapi akhiran ini kata seribu dosa, ayat sepatah fitnah dan ilmu sejengkil lidah menjadi ikutan dan pendoman semua. Boleh dikatakan tiada yang mampu untuk melahirkan idea dengan penuh ketepatan dan tiada pulak yang mampu mencorak perubahan dengan berpandukan kepelbagaian. Inilah trend pada zaman ini, tika dunia menzahirkan hakikat ini adalah masa kecemerlangan sains dan ketamadunan moden. Saya bangun dan meluahkan ini adalah zaman kejahilan akal dan kedegilan hati. Sebanyak manakah kita telah merubah tamadun? Tidakkah dunia sedar hakikatnya luka makin berdarah… jika inilah zaman kebangkitan tamadun dan kemajuan maka kenapakah peperangan menjadi ikutan semasa…fikirkanlah bila sewaktunya dizaman dahulu sains jahil menjadi kepercayaan dan peperangan menjadi ikutan.. 

Ya! Kalau anda boleh meneka; ianya sejajar dengan zaman kegelapan  dimana hakikatnya dunia barat bangga dengan tamadun dan kekebalan mereka. Mereka hanyut dalam ilmu yang diolah sendiri tanpa menyedari diluar ketamadunan mereka telah bangun kesedaran terhadap setiap detik kesilapan akal mereka. Kebangkitan tamadun eropah dari zaman kegelapan bukanlah disebabkan oleh kemajuan yang dicarah dengan titik peluh sendiri tetapi dari olahan permerhatian luar yang selari dengan masa. Telah tiba masanya dunia kini sedar, detik zaman kegelapan sedang bermula dan tidak perlulah masyarakat Islam menjadi teruja kerana merasakan inilah titik perubahan dalam sejarah. Tidak sama sekali; sejarah kini lebih zalim kepada yang berpegang kepada ajaran yang benar kerana buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, tiada pemimpin yang akan dilahirkan untuk memerintah dengan keikhlasan dan kesempurnaan. Manusia akan sesat dan lebih sesat jika mereka terus memperjuangkan hak dan keadilan tanpa berteraskan pegangan. Percayalah terhadap satu sama lain; bergeraklah dengan acuan sendiri dan jangan sesekali berdengki dan merasakan kehidupan mampu berubah jika tunjang pemerintahan berubah. Ini bukanlah tulisan untuk membangkitkan polimik politik, inilah adalah tulisan untuk mendetikkan kesedaran hakiki.. lihatlah kawanku; jika kita sentiasa mencari harta-tidak cukup tanah untuk dibuat rumah.jika kita sentiasa mencari kepuasan-tidak cukup nikmat yang kita rasai. Bukannya senang untuk membuka hati yang keras dan tidak pula senang menerima idea ketika akal telah diwarnakan. Tetapi ia tersangat mudah untuk mempercayai sesuatu yang menyenangkan. Semua orang boleh bangun berdiri dan bercakap tentang kezaliman, kejahilan, kejahatan; keamanan, hak keadilan dan kepercayaan tetapi tidakkah anda semua sedar tiada yang bangun bercakap tentang kemaafan terhadap kezaliman, kejahilan, dan kejahatan bahkan tidak pula sesiapa yang mahu menyentuh tentang kisah keamanan, hak keadilan dan kepercayaan supaya kemuliaan seseorang itulah yang menjadi buah mulut pemanis hati setiap insan. Berapa ramai diantara kita lebih teruja mendengar tentang janji yang tidak ditepati, tentang tipu muslihat yang tidak jadi? Ramai tetapi ramai juga yang sebaliknya dan itulah kita pada hari ini- sentiasa asyik melihat dunia dari aspek hitam dan putih. Jangan menjadi Tuhan dibumi ini dengan menghukum sesuatu yang bukan ditempatnya. Tidakkah itu salah? Tiada pemimpin yang selayaknya berdiri dan mengherdik rakyatnya walaupun berbeza pendapat. Terdapat seribu satu cara untuk mendaki gunung maka samalah jua dengan hak. Janganlah memulakan sesuatu yang akan menyesatkan sesungguhnya perubahan itu datang dari dalam. Jika kita lihat kesusahan, perbaikinya. Jika tidak mampu; perbaiki diri kita sendiri supaya keesokkan harinya kita mampu untuk menolongnya. Tidak disuruh kita menghina sesuatu yang haram selain dari menjauhinya.

Anda mungkin cerdik dan mungkin juga teramatlah bijak tetapi seikhlas manakah hati anda untuk menguji minda mencari penyelesaian tanpa memihak kepada mana-mana pihak? Tidak cukup cendiakawan didalam dunia ini ilmunya untuk mencipta dunia yang selengkap bumi kita ini. Ingatlah dihati bahawa alam ini telah hidup indah tanpa manusia berkurun lamanya dan manusia hanyalah berpegang terhadap simpati alam dalam mencari nikmat kehidupan. Manusia tidak boleh hidup tanpa alam tetapi alam tetap indah tanpa manusia. Begitu hinanya kita jika hendak dibandingkan dengan makhluk lain didunia tetapi siapakah yang masih bermegah dengan akalnya..?

Malulah wahai sahabatku, perjuangan kita telah lama hanyut dalam mimpi sendiri. Kita masih berpegang terhadap dendam nenek moyang kita, kita masih percaya terhadap ketidak adilan zaman dunia yang secetek ilmunya dari zaman ini. Kita sentiasa melihat kebelakang tanpa melihat cahaya dihadapan. Sahabatku; hentikanlah niat untuk memecah belahkan kaummu… jangan kerana percaya kita menjadi seteru. Anda mungkin yakin kini tetapi tidakkah anda malu pada masa lampau kelak.

Jangan menjadi pengikut-jadilah pemimpin.. janganlah duduk mendengar dan menerima; duduklah berdiri berfikir diatas akal sendiri. Setiap perkara mempunyai olahan baik buruknya. Tidak lengkap agama tanpa kecelaan yang pernah dialaminya! Tidak mulia seorang insan tanpa pernah dicaci dirinya! Maka janganlah percaya kepada kesempurnaan!...

Saya memohon satu sahaja terhadap yang sudi membaca, lupakanlah segalanya dan mulakan dengan sesuatu yang baru. Carilah ilmu yang berguna untuk diri!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku