Pengakhiran Wawasan Negara...

Cita-cita walaupun saat dan masanya telah tiba jika kita masih belum mampu berkata-kata, seribu ucapan pun akan dimakan masa dan dilupai juga. Suatu ketika kita masih berusaha untuk melahirkan cita-cita menjadi bangsa yang berjaya,benua dijelajah, anugerah dipertaruhkan, lautan direnangi, gunung didaki, keikhlasan itu diperbudikan dan angkasa raya menjadi saksi. Perhitungan semalam mencipta kita di hari ini tapi kelak pasti gelap segala yang diharapkan. Kelak kita akan gundah gelana kerna kita kejam pada mereka sang pendita. Bukan hamba yang perbodohkan diri di dalam gua dan juga bukan pemain asap untuk himpunan sejuta  patah karut, sang pendita yang hanya menjelaskan tanpa jemu lurah dan daki segala kenyataan bahawa kata dan ucapan adalah senjata yang perlu dibaca. 

Mempunyai impian dan mengotakan harapan adalah kunci kejayaan tetapi untuk membawa sebuah impian mencapai kebenaran dan untuk memperbetulkan kesalahan dengan hanya bertahun perkhidmatan bukanlah saat yang mudah bagi dihitungkan jika kita hanya mampu berfikir sejengkal dan bertindak seakan-akan mimpi.

Menghina sahaja dan mempersoalkan dunia bukanlah luahan rasa yang pandai dan berhujah ilmu sekadar penyedap hati tidaklah mungkin menjadi penawar yang berkesan. Kita bukan lagi perlukan sokongan, kita dewasa yang berakal untuk melangkah lebih dari sekadar berlari pantas mengejar bayangan.
Mengulas, berdalih dan bermetafora seribu ayat untuk memperindahkan kata sentiasa sia-sia. Individu yang membaca hanya berkelana berfikir sementara, fahamnya sepatah, langkahnya selangkah dan pastinya ingatan itu agak parah kerna akal bukanlah berdetik minat untuk berfikiran tegas memastikan setiap kata disampaikan sebagai peringatan untuk berpesan-pesan.

Saya lali dan hakikatnya anda jemu tapi yang pasti berkelodak jiwa sesiapa pun yang memandang ke hadapan melihat impian Negara. Bukan senang untuk bergelar MAJU dan tidaknya mudah untuk kita diperakuinya. Sia-sia harapan dan wawasan jika hidup rakyat menderita untuk mengapai standard yang belum peruntukannya berpihak kepada semua lapisan masyarakat. Impian siapakah pergerakan ini dan hak siapakah untuk menikmati setiap dasar yang diciptanya. Bukan si pemerintah dan pastinya bukan yang menang sorak dalam permainan sendiri.

Kemenangan sepadan dengan impian dan sejajar dengan harapan iaitu Negara dimana rakyat bersatu berhimpun untuk melaksanakan cita-cita agar hidup lebih diberkati daripada tersiksa abadi hanya kerna impian seorang manusia.

Berkongsi, berlaku jujur dan menghormati setiap jalur yang dilukis dan setiap bucu bintang yang tajam serta senyuman bulan yang bercahayakan kuning lambang yang menjadi hak kita sebagai Negara, itulah WAWASAN dan begitulah seharusnya erti mentadbirkan sebuah Negara.

Kita memahami dan kita sentiasa menperakui dimana kelemahan dan kekuatan dan selama ini kita tidak pernah bersembunyi tapi kini kita kerap berdalih dari berfikiran logikal terhadap langkah dan tindakan kita.
Kenapa perlu kami terima sedangkan kami dijanjikan bahagia? Bila dipersoalkan luahan rasa janji dan harapan diperdalihkan dan kemudian rangkap kata simpulan-simpulan yang tahu bersiol sahaja yang berkumandang.

Dimanakah nilai negarawan kita? Dimanakah erti berkidmat semata-mata untuk Negara, baik yang mentadbir dan yang berlagak pentadbir semuanya memberikan harapan palsu.

Kata-kata sentiasa memakan diri, kata-kata dalah racun persaka yang mengikuti kita umpama sumpahan yang tidak berpenghujung. Yang membaca masih kurang jelas, tapi jika dijernihkan akal dan hati, hal ini penuh sarat dengan teguran dengan selangkah keikhlasan.

Kita sentiasa dipersimpangan. Bukan untuk mencapai cita-cita tapi untuk mengotakan harapan, menjadi sebuah Negara yang kemakmuran dan kejayaannya bukan milikikan peribadi tapi diperertikan untuk wadah masyarakat berbilang bangsa.

Kenapa perlu kita disogokkan dengan tekanan kos yang terpaksa diuruskan kerajaan sedangkan kerajaan itu hanya mewakili suara dan hak kita, bukanlah itu juga duit sumbangan dan jasa rakyat untuk urus takbir Negara. Siapakah kerajaan? Dimanakah kewajaran bila berkata-kata sedangkan anda hanya mewakilkan hak insan yang ditadbirkan sahaja….

Jangan sehingga suara menjadi langkah dan setiap langkah itu diperdendamkan menjadi hasutan dan akhirnya gelombang baru keganasan mampu bergerak hanya kerana anda kurang sedar segala kuasa dan keputusan itu perlulah dihormati dan menghormati itu haruslah seiring dengan kejujuran dan kebenaran.

Jika kita tidak mampu, hentikan pemberian wang, hentikan pembaziran wang dengan penambahbaikan status pegawai dan menteri, perbanyakkan pelaburan untuk ekonomi dalaman Negara dan elakkan pertaruhan ringgit dalam ekonomi luaran yang penuh wadah harapan sementara. Biarlah kita mundur sejenak semata-mata untuk menunggu rakyat bersedia bagi hidup mewah selamanya. Tidak wujud makna bagi impian dan wawasan kita jika kita tidak berbudi kepada Negara sesungguhnya kita layak untuk menjadi pendoman kepada semua kerana kita sudah bersedia untuk segalanya.

Rakyat matang untuk melihat, lantang untuk berkata-kata dan mencari  alasan dan kita tidak pernah cepat bosan mencari jalan keluar dari permasalahan. Benarkan kami membantu, suarakanlah luahan sebenar Negara kita ini. Perakuilah seperti seorang lelaki yang beriman apakah salah dan dimanakah langkah yang kita lalui? Benarkan kami menjejakimu semata-mata untuk membantu seluruh Negara dalam kesusahan yang bakal kita hadapi… Wawasan semalam lemparkan ketepi, reka bentuklah impian baru yang diperhalusi cara hidup moden yang membuka ruang dan peluang bagi rakyatmu hidup dalam persekitaran yang lebih baik dan selesa.

Tidakkah kita malu, saban tahun ramai yang terpaksa kerugian jutaan ringgit kerana kita tidak cerdik mahu mengatur perancangan bandar yang lebih lestari supaya air tidak melimpahi tebing dan membanjiri kota.? Dimanakah kebenaran apabila masih terdapat negeri-negeri yang gagal memberikan hak kemudahan asas kepada rakyatnya sedangkan harga hartanah asas negeri mencecah puluhan ribu ringgit.? Tidakkah malu Negara ini mempunyai teras pendidikan yang telah berjaya mencipta ribuan mahasiswa tapi akhirnya diperakui sebagai ketinggalan dan diperindahkan dengan standard kebetulan yang banyak memberikan kekeliruan kepada keseluruhan pendidik kini?  Bukannya susah untuk mengesan kawasan dominasi kaum dan mewujudkan suasana perpaduan dengan memastikan tiada lagi kawasan tumpuan perkauman supaya wujudnya keserasian hakiki kita semua hidup dalam penyatuan bangsa? Mustahil kita masih tidak mampu untuk menzahirkan rasa bangga terhadap penggunaan bahasa sendiri sebagai aset berharga Negara, dan kenapa pada akhirnya kita kerap terperangkap dalam konflik sesama sendiri untuk merungkaikan persoalan lazim “WHO IS MUCH BETTER?” . NO ONE!


Tiada siapa yang berhak mengemudi Negara jika hanya memperjuangkan hak segelintir bangsa dan bukannya keseluruhan masyarakat. Ingatilah perjuangan kini bukan untuk menegakkan benang yang basah kerana kini perjuangan kita adalah  semata-mata untuk memperbetulkan kesilapan sezaman terdahulu dan mengeluarkan Negara kearah pembentukan ketamadunan yang lebih moden serta lestari tanpa bayangan tamadun Barat dan Timur terdahulu yang meliputi sekarang kerana mereka sedang berporak-peranda disebabkan sifat sombong dan tamak serta kedegilan yang telah menguasai mata dunia mereka. Jadilah adiwira Negara dan bangkitlah diri dengan keihklasan di hati untuk berbakti demi anak bangsa sendiri serta semailah nilai-nilai murni Negara bangsa yang menjadi teras harmoni dan keamanan hakiki dunia…      

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku