keselesaan dunia tanpa Islam

World Without Islam, Dunia tanpa Ketamadunan Islam – sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh seluruh masyarakat dunia tapi itulah olahan yang cuba diketengahkan oleh seorang penulis Barat bernama Graham E.Fuller. Jika terdapat kesempatan yang mendalam cubalah fahami penulisan beliau yang agak matang dan sememangnya membawa dimensi baru dalam penjernihan idealisme. Kita perlu faham  permasalahan dunia sekarang bukanlah disebabkan Islam semata-mata.

Islam bukan penyebab kenapa terdapatnya pemberontakan di Syria mahupun kemelut Afghanistan bahkan jika diteliti kebanyakan kemelut Negara-negara Islam; bukanlah agama yang menjadi penggerak permusuhan. Tidak tertulis di dalam Al-Quran mengertikan bahawa saudara sesama Islam itu adalah musuh yang nyata. Sebaliknya kitalah yang menterjemahkan bahawa  kita memandang satu sama lain sebagai  musuh untuk diri sendiri—penulis ini berjaya menegaskan bahawa kemelut Islam dengan Barat bukanlah kemelut agama kerana jika sekalipun tidak wujud Islam, dunia akan tetap berperang dan lebih teruk dari keadaan sekarang.

Daripada penulisan Graham , saya  hanya dapat merungkaikan bahawa agama itu dipergunakan sebagai wadah politik semata-mata. Kita di Malaysia mempunyai peluang untuk melihat dalam pembentukan Negara kita sendiri tentang betapa selekehnya Islam itu diperlakukan sedangkan sedia maklum Islam itu tunjang Negara. Ada pihak yang ingin mendasari bahawa Islam itu adalah Melayu tetapi apabila Perlembagaan mendasari bahawa Melayu itu adalah beragama Islam dan berkebolehan berbahasa melayu serta mempunyai nilai kemelayuan-kenapa sehingga sekarang istilah cina-muslim, india-muslim masih lagi tegar dalam pemikiran dan masyarakat kita. Sehingga ke saat manakah kita mahu menduga alam dalam mengatakan kita adalah kaum yang terpilih sebagai mana kaum-kaum yang bongkak yang telah dihancurkan oleh alam. Sedarlah semua rakyat Malaysia, negaramu perlukan penyatuan ini dan dunia perlu dibuktikan bahawa saat ketika ini, perbezaan hanya akan membawa kemusnahan.

Daripada buku yang dikarang oleh seorang kafir ini, saya memahami sejauh mana politik itu perlu dirungkaikan keluar dari agama. Perjuangan agama itu tidak layak dicampurkan dengan politik kerana sifat kedua-duanya adalah berbeza. Jika kita inginkan keistimewaan Islam dalam pemerintahan yang berteraskan Islam hakiki maka kita perlulah menolak demokrasi kerana tunjang demokrasi tidak akan membenarkan Islam bertunjang kukuh tanpa pertikai hak-hak yang bertindih. Kita semua harus matang dalam mencari jalan tengah, harus matang dalam memberikan erti dalam setiap tindakan. Kes Ustaz Kazim dijemput untuk menjadi sebahagian daripada UMNO patut dijadikan simpulan ringkas terhadap betapa nipisnya perbezaan perjuangan agama dan politik. Kedua-duanya perlukan keserasian yang mutlak dan perpecahan diantara kita yang bergelar Muslim atas pada nama dan kepercayaan akan terus memusnahkan Islam itu sendiri.

Daripada buku yang menolak Islam ini, saya ternyata dapat merungkaikan bahawa Barat akan sentiasa cuba untuk menguasai kita, bukan diatas nama agama. Jika agama Buddha dan Hindu berasa selesa dan jika Bahai dan Kristian, Jewish itu sendiri boleh melafaz lega jika Negara ini ditakluk maka anda semua telah tersilap langkah, kerana kepada pandangan Barat; Malaysia itulah yang perlu dimusnahkan dan Islam itu perlu dilemahkan. Dominasi yang diperjuangkan hanyalah untuk memastikan kelestarian hidup dan budaya mereka yang menginginkan kemewahan dan kita hanyalah hamba dan kegagalan dalam membangunkan Negara sendiri. Mungkin ini adalah tafsiran yang terlalu ekstrem tapi jika semuanya perlu ditunggu sehingga saat akhir untuk ditafsirkan maka tunggulah anda sehingga kiamat untuk mendapat kesedaran bahawa agama itu hanyalah untuk menasihati kita agar melihat dunia ini sebagai pinjaman bukannya pemilikan hakiki.


Percayalah daripada buku ini, saya dapat menghayati bahawa penting Islam untuk wujud dalam mewujudkan keseimbangan bagi dunia untuk melihat dengan lebih mendalam konflik yang dilaluinya. Kita semua seharusnya mencari jalan untuk meletakkan diri ditempat yang lebih baik dengan bertindak memaafkan dan sejujurnya jika kita mampu beriman dengan keikhlasan maka syurga itu tidak memberikan makna kerana limpahan rezeki dunia sudah cukup untuk membuka mata keindahan ALLAH S.W.T… beranikah kita mendahului zaman dan berubah? Ataupun kita sama sahaja dengan beribu-ribu kaum yang sebelumnya—hanya menunggu pedoman………………………………………………..

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku