pandangan kebenaran penulis

Kita boleh mengkaji 5000 tahun sejarah manusia dan memahami semuanya tetapi mampukah kita mengatakan semua yg tertulis itu salah, mampukah kita melihat sejarah dan menyaksikan setiap patah peredaran masa itu merupakan suatu kesilapan yang disengajakan utk memastikan kita berada dimana kita berada sekarang. Adakah kita membentuk pengetahuan ataupun hanya sekadar mengingati ilmu yang terbentang dihadapan kita. Lihatlah dipersekitaran apa yang tiada dan apakah yang ada? Kita tidak lagi mampu utk bertegang lidah hanya utk keseronokan kerana kebenaran itu tidak menghiburkan. Kebenaran adalah kebenaran oleh itu terimalah kebenaran seadanya. Kata-kata inilah yang memusnahkan pengetahun kita kerana tiada kebenaran yang benar kalau tiada yg tidak membenarkan kebenaran. Hanya kerana pengetahuan itu berkaitan kita menyambungnya diantara satu sama lain- kita bentuk satu gambaran yang hanya kita dapat melihatnya dan kita bentangkan gambaran kita itu kepada generasi mendatang, gambaran pengetahun yang direncana sebagai kebenaran dan menegaskan kebenaran adalah kebenaran. Kita marah terhadap orang yang mengelarkan kita hamba dan kita mula menghambakan pendapat orang lain kerana kita rasa tercabar digelar sedemikian tanpa kita cuba memahami keindahan menjadi hamba. Kita menilai sesuatu dengan begitu cetek walaupun kita telah membaca 5000 tahun sejarah dunia.

Walaupun kita berusia 5000 tahun, tidak kita mampu bertahan dengan mengatakan semua yang tertulis dan berlaku itu benar. Dan tidak pula kita mampu untuk mengatakan ianya salah dengan sengajanya. Kemudian kita bergerak dimensi dengan mengelar kebenaran adalah subjektif. Subjektif kerana kita tidak terdaya untuk bertegang lidah menerangkannya, kita merasakan pihak yang memilih untuk melihat sesuatu itu sebagai berbeza adalah salah tetapi benar kerana kita mampu untuk menerimanya sebagai subjektif. Kelakar kalau kebenaran itu subjektif kerana keburukan ditentukan oleh kebenaran. Tiada erti kebenaran yang konkrit maka tiada kesalahan yang benar-benar merupakan kesalahan. Membunuh mungkin bukanlah kesalahan kerana kebenaran tentang nilai nyawa manusia adalah subjektif. Kita lihat semula dan tarik balik kata-kata tersebut dengan menyoal pendirian si-penulis kerana kita tahu dalam hati kita berdasarkan penulisan yang diungkapkan yang ini adalah salah. Tidak benar maka kita menyoalkannya semula. Kita mencari alasan baru dan wujudkan pergaduhan yang cuba untuk membentuk pandangan penulis berdasarkan konsep kita. Kita katakan kepada penulis “tiada guna bergaduh dengan orang yang sudah tegak pendiriannya!” dan penulis pun ketawa dan mengatakan betapa ceteknya akal kita. Hanya kerana penulis cuba mengucapkan sesuatu tidak bermakna yang apa yang diucapkan mencerminkan pendirian yang dipegang. Lagikan batu tidak kekal bentuknya inikan pula pendirian manusia. Orang yang pandai sahaja mampu melihat dirinya secara terbuka dan menerima pandangan orang lain serta cuba memberi pandangan yang berbeza tanpa mengatakan tiada kebenaran yang berlandaskan kebenaran. Dan kebenaran tidak pernah subjektif, kerana sifatnya yang sentiasa benar dan telus terhadap pandangan seseorang. Insan yang melihat ke cermin tetapi tidak mampu membayangkan dirinya adalah sia-sia untuk mengkaji ilmu yang bertahan ratusan tahun malah adalah sia-sia untuk insan tersebut hidup selama ribuan tahun.

Janganlah kita terus menjadi insan begitu!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku