perjanjian perjalanan


Perjalanan ini akan sentiasa terpaksa di lalui tetapi apabila kita kesusahan , itulah masanya yang akan menentukan segalanya sama ada kita akan berjaya ataupun tunduk kepada ketentuan diri dan Ilahi. Perjalanan hari ini penuh dengan makna, tiada satu pun yang terucap dengan nada yang betul. Permulaan yang agak goyah tetapi kemudian ia termusnah sebelum bangkit semula tetapi kemudian perulangan yang sama berkekalan. Kemuncaknya adalah kemarahan terhadap perjalanan yang jauh serta panas membara. Perjalanan yang dipilih sendiri, yang dicipta sendiri dan yang diungkapkan sendiri. Memang ia adalah dugaan dan cabaran tetapi dia gagal menghadapinya. Kekecewaan mendekati jiwa semasa rentak penyelesaian di rencana, menyerah kalah dan mengorak langkah percaturan mengikut arus sungguh mengecewakan. Sampai sekarang ikatan itu masih terjalin, perjalanan ini diulit dengan ikatan janji tetapi terasa rapuh sungguh keikhlasan hati mereka yang berada di dalamnya. Sehingga mana ikatan ini kan bertahan, kerana hampir setiap masa terasa seperti diri dipersia dan di pergunakan. Ingin sekali diri ini melihat perjalanan kehidupan ini dari sudut berbeza, dari fahaman insan yang sering memperdaya dan mempergunakan diri kita. Diri ini maha memahami tetapi dengan redha menerima kerana percaya Ilahi sentiasa Maha Mengetahui dan Maha Mengerti. Diri ini sungguh yakin bahawa jika kita jujur dan ikhlas dengan kata hati nescaya kepanasan matahari mampu menjadi nikmat untuk selamanya. Tetapi diri ini adalah manusia yang dicipta dengan keseimbangan dalam melihat dan berfikir; setiap yang terjadi diduga dan diterjemah dengan lebih daripada satu kepastian. Adakah semuanya terjadi dengan sendiri ataupun diri ini sedang diperdaya dengan penipuan yang hanya ingin memiliki kemewahan dunia yang sementara. Diri ini tidak sangat berkira malah malas sekali untuk menyimpan dendam dan tipu muslihat; keindahan dunia sentiasa terbentang di depan mata dan kemewahan yang dicipta manusia gagal mengalahkan kesucian ciptaan Alam. Diri ini tidak akan kecewa tetapi bersyukur kerana telah dibuka pendoman hidup bahawa akan ada sentiasa manusia yang berdusta, akan ada sentiasa manusia yang sanggup bergadai nyawa untuk kemewahan dan akan ada sentiasa manusia yang hanya inginkan kebenaran tanpa keraguan. Perjalanan hidup ini telah berubah, diri ini menjadi matang dan mampu menilai melebihi setiap yang terjadi. Nyata diriku berkembang tetapi kenapa semua disekitar ini masih mempunyai corak dan rona kehidupan yang sama. Adakah perjalanan hidup mereka tidak pernah berubah ataupun mereka terperangkap dalam lumrah kehidupan hakiki? Perjalanan ini di teruskan lagi; dengan keikhlasan dan kejujuran yang bertempat supaya mereka sedar akan persekitaran mereka dan mampu melakukan sesuatu untuk mengubah segalanya. Diri ini yakin ada penipuan disebalik semuanya tetapi ada juga kebenaran dan kebaikan dari apa yang telah berlaku; pasrah mungkin langkah seterusnya tetapi ini tidak bermakna diriku tewas terhadap lumrah perjalanan dunia. Pasrah untuk menghalalkan segalanya, pasrah untuk memperkatakan bahawa kalau kita berkehendakan kebaikan maka kebaikanlah yang sentiasa datang menduga dan kalau kita berkehendakan kejahatan maka kejahilanlah yang sentiasa datang memperduakan nafsu kita. Perjalanan ini masih jauh dan perlu di ingat bahawa tiada yang terlepas dari Syurga dan Neraka serta tiada yang tidak dirancang dari ketentuan Ilahi! Perjalanan ini masih lagi boleh diteruskan, Cuma pastikan diriku dan dirimu berlaku jujur serta berfikiran terbuka dalam membuat penilaian dan pemerhatian. Kealpaan akan menganggu perjalanan kita kalau ia menguasai fikiran dan hati nurani insan…

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku