20 FaKtA mEnArIk DiRiKu

  • Nama panggilan nya adalah ATAN dan dia hanya tahu nama sebenarnya ketika berumur 6 tahun.
  • Semasa kecil pernah membela semut, ketam dan ulat gonggok sebagai haiwan peliharaan.
  • Mempunyai “tree house/ tree-club” yang mempunyai projek rahsia di bahagian paling atas pokok iaitu “projek fountain of youth”.
  • Sering dirasuk dan amat sensitive terhadap makhluk ghaib dan bunian semasa kecil.
  • Hobi memancing dalam longkang besar dan pernah duduk di dalam longkang sepanjang hari.
  • First time couple semasa berusia 6 tahun dan sehingga sekarang tidak pernah menjadi single lebih dari 3 bulan.
  • Mula tahu membaca pada umur 10 tahun; mula belajar English pada usia 14 dan mempunyai daya imaginasi yang amat melampau…
  • Mempunyai tutor peribadi untuk bahasa English bernama Lucas Mitchell (guru math untuk sekolah pendidikan khas di Bath – England) yang kemudian menjadi pen-pal sejati .
  • Pernah gagal dlm ujian percubaan PMR utk paper Sejarah dan kemudian membaca buku Hikayat-hikayat Melayu Klasik seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Merong yang membantu memperoleh A dlm PMR.
  • Seseorang yang susah nak faham konsep mind-map dan langsung tak boleh ikut tempo ataupun apa-apa yang berkaitan ritma dan muzik.
  • Pengalaman bercinta yang paling menarik apabila 2 gadis bergaduh merebut diri dan pada masa yang sama mempunyai peminat misteri yang pelik dan pada ketika yang sama bergaduh dengan bestfriend sendiri tentang seorang gadis lain dan semua itu berlaku pada ketika tahun yang sama.
  • Mempunyai sikap obsesi cinta yang keterlaluan sehingga pernah bangun awal dan bersiap seawal sebelum subuh semata-mata untuk melihat seseorang.
  • Mempunyai sikap mesra alam yang agak pelik kerana masih percaya dengan tidak mempunyai lesen dia mampu mengurangkan kadar penghasilan CO2 dengan tidak memiliki kereta sendiri walaupun tahu menyusahkan ramai pihak.
  • Amat mudah cinta kepada tumbuhan; semasa belajar di UUM – selalu pada musim bunga untuk sekumpulan pokok yang terdapat di tapak parking di Dewan Mud’azam Syah dia akan bangun seawal  6 pagi semata-mata untuk menghidu bau bunga-bunga tersebut.
  • Pernah hampir lemas sebanyak 3 kali dan kehilangan 3 sahabat dalam kejadian lemas yang berlaku di depan mata seterusnya menyebabkan fobia utk berenang.
  • Mempunyai daya ingatan yang berbentuk grafik/imej dan tidak boleh mengingati angka ataupun susunan angka dengan begitu tepat.
  •  Mempunyai alahan terhadap gigitan serangga iaitu semut yang berbisa…
  • Mempunyai jari kelingking/ jari kecil yang sentiasa bengkok.
  • Kerap menggunakan getah plastic sebagai gelang dan sekali guna tidak akan ditanggalkan sehingga putus ataupun hilang.
  • Amat meminati cartoon walaupun usia semakin meningkat  dewasa ( cartoon yea bukan anime!)

 


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku