berhenti menjadi boneka politik dan berhenti menjadi manusia yang hanya mengejar kenikmatan dunia!

Aku kecewa! Serius bro! dan kekawan yang baca nie.. aku memang kecewa. Bukan kecewa kepada kerajaan ke ataupun apa pun sangat.. Cuma aku kecewa pada korang yang terlalu mendesak satu-satu pihak untuk melakukan sesuatu. Kita tak suka sesuatu itu berlaku, kita ubah diri kita dahulu. Hari ini aku bukak website dan lihat ramai berbaris dan berhimpun utk hentikan GST.  Aku tanya diri aku sendiri kalaulah cukai itu untuk rakyat apa salahnya yang mampu bayar lebih dan kalau misalnya ada pihak yang kata kita boleh hidup tanpa GST maka lakukannya. Bukannya kerajaan yang mengawal kedai dan gerai makan setiap peniaga, kerajaan tak akan tutup kedai yang menjual dengan harga yang murah dan berpatutan. So kalau di antara kamu rasa boleh laksanakan harga murah dan tidak membebankan maka BUAT LA!. Jangan nak memaksa mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kalau kita sendiri tidak pernah terfikir untuk mulakannya dahulu.

Mungkin ramai yang melenting cakap cikgu dalam hutan tu boleh la cakap begitu, sedangkan kami kat bandar nie rasanya impak yang besar. Aku nak cakap satu benda erk, 100plus dalam hutan tu harganya rm5.00 sebotol..hutan bukannya murah macam masuk dan petik dedaun dan makan. Ok!

Aku tahu semua orang makin terasa dengan impak kenaikan barang dan kos sara hidup, hey aku pun merasakannya tapi setidaknya aku ada melihat ramai yang mula sedar satu pekerjaan tetap bukan lagi harapan untuk hidup. Setiap orang perlu variasikan pekerjaan dan perbanyakkan idea untuk melaksanakan bentuk perniagaan baru. Hey good luck kepada semua yang sedang membangunkan kerjaya!

Entahla bagi aku, hidup simple dan mudah! Adanya Allah di sisiku segalanya mudah! Itu sahaja; tak makan sehari kalau masih dalam hati adanya MAHA ILLAHI itu pun dah cukup kenyang. Kenapa nak malu cakap begitu  dan takdenya mustahil untuk mencapai tahap begitu kan.

Kita sedang diuji… ramai yang bersembahyang untuk memperbetulkan Negara, katanya banyak penipuan dan pembelaan yang perlu dipertunaskan kebenarannya.dan apabila setiap doa itu dimakbulkan; Tuhan akan menghukum semuanya.

Kemarau, ketiadaan air, kemalangan, bencana alam --- ini semua balasan kepada semua pihak yang meminta. Jangan sesekali kata, saya yang benar dan awak yang salah. Hey kita sendiri tak tahu doa sapa yang termakbul. Jangan sekali kata inilah laknat Tuhan ke atas bicara palsu yang berkumandang. Kita tidak tahu pintu hidayah itu terbuka untuk siapa melihatnya.

Masanya untuk semua pihak sedar… satu sahaja yang akan menyatukan kita, bila kita sedar salah laku kita. Kalau kita terus nak menuding jari kat semua orang dan katakan semua orang itu salah dan kita benar. Sampai kiamatlah kita akan terbakar satu demi satu dalam lurah dendam tanpa erti ini.
Sedangkan yang bergaduh kuat ini semua saudara sesama Islam.

Hey, lihat alam berbicara—ia perlukan kita bergandingan semula untuk melindunginya. Alam ini di kemuncak kemusnahan, yang kafir sedang menari siang dan malam dan kita hanya tahu bercakap tentang mimpi untuk bernegara sedangkan kita adalah sebuah Negara.

Aku hanya berharap bahang kepanasan yang aku nikmati sekarang bukanlah pintu pertama akhir zaman, bila semua makhluk sibuk memperkatakan kebenaran tapi alpa alam itu sedang membakar untuk dibersihkan dari segala kegagalan kita.

Bukannya baru semalam kita mencemari sungai dan bukannya baru kemarin kita menebas berhektar hutan, untuk kita bangun dan menghijaukan dan mengembalikan alam—itu jelas tidak mungkin berlaku jika kita hanya tahu berpolitik untuk kenikmatan dunia dan kebenaran dunia semata dan bukannya menjaga hak alam, hidupan sepanjang zaman!.  

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku