kejayaan


Kejayaan bukannya sesuatu yang susah untuk dikecapi dan ia bukanlah sesuatu yang senang untuk diambil mudah. Kejayaan hanya lahir dengan usaha dan semangat yang tinggi tanpa mengira apakah erti kegagalan. Jika kita sentiasa berfikiran positif dan melihat semua aspek kehidupan sebagai suatu peluang untuk memajukan diri nescaya kejayaan akan sentiasa berlegar dalam kehidupan ini. Kejayaan hendaklah dikira tanpa bersifat berat sebelah iaitu tidaklah perlu untuk kita menjadikan kejayaan yang besar dan diidamkan sahaja sebagai pembakar semangat untuk bergerak maju; kita haruslah sedar bahawa kejayaan untuk hidup di dunia ini melampaui hasrat hati dan logik akal. Kejayaan untuk berada disini dan menikmati semua yang tersedia haruslah diraikan dan dirahmati dengan setinggi-tingginya. Janganlah bersifat zalim dengan menafikan setiap kejayaan yang telah mengubah semuanya yang terbentang luas di hadapan kita. Janganlah sentiasa mengharapkan perubahan dan kejayaan yang belum tentu boleh dikecapi. Ingatlah walaupun dengan perancangan yang pasti, walaupun dengan kebijaksaan yang terulung; kejayaan tidak akan datang diatas dasar itu tetapi ia akan muncul dengan ketentuan Tuhan yang Berkuasa. Kitalah hendak sentiasa bersedia melakukan pengorbanan dan bersatu hati dengan diri sendiri supaya pemikiran dan hasrat hati kita tidak dikaburi dengan kejayaan yang mendatang. Tiada kejayaan yang kekal abadi; setinggi-tinggi darjat insan ianya tidak akan berkekalan tetapi darjat itu akan sentiasa diwarisi oleh insan yang lebih berhak keatasnya. Kita bukanlah penentu kejayaan maka tiada maknanya kita mempersoalkan tindak-tanduk yang dilakukan insan lain untuk mencapai kejayaan. Kejayaan kita belum tentu lagi, kejayaan kita belum sempurna, kejayaan kita tidak akan kekal selamanya oleh itu kita hendaklah sedar bahawa ada lebih banyak perkara yang perlu dilihat, dinilai dan dipelajari. Marilah kita melupakan ego,nafsu,perasaan cemburu,dendam dan sejarah silam yang gelap agar kita dapat melihat, menilai dan mempelajari erti setiap kejayaan yang akan, telah dan sentiasa berada bersama kita.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku