cerita

Cerita yang berkisarkan kegembiraan, kedukaan dan ketuhanan sentiasa akan berlegar di alam ini. Cerita akan sentiasa diingati dan dipelihara seolah-olah cerita merupakan suatu bentuk idealisme yang terulung. Akan tetapi cerita tetap sebuah cerita, walau ia dibukukan, ia dinovelkan ataupun ia cuma satu cerita rakyat yang disebarkan; semua itu tidak penting kerana cerita adalah sebuah cerita. Apakah kelebihan sebuah cerita? Cerita mempunyai pelbagai watak dan setiap satunya haruslah berlainan, cerita mempunyai plot perceritaan yang menarik dan baru, akhirnya cerita haruslah mengandungi sedikit moral yang patut dicontohi ataupun dijauhi. Itulah formula cerita pada asasnya, untuk semua penulis inilah garis panduannya; akan tetapi cerita yang bagus adalah cerita yang benar, cerita yang tulen dan cerita yang dicipta untuk tujuan bercerita.

Tidak pernah ada insan yang menulis, memberitahu dan mengingati sebuah cerita yang mempunyai kekosongan dalam penceritaannya. Semua cerita pada asasnya sama. Apa yang membezakan semua cerita adalah bagaimana ia diceritakan dan bagaimana cerita itu menceritakan cerita tersebut. Cerita yang bagus adalah cerita yang membolehkan kita menceritakan kisah kita bersama. Seharusnya kita berkongsi cerita dan membentuk sebuah cerita yang bertujuan untuk menceritakan tentang diri kita sendiri. Cerita seperti itu seumpama hilang dari dunia. Tiada insan yang mahu memahami sebuah cerita, semuanya hanya berpandukan penceritaan cerita itu sahaja sedangkan perkara yang paling penting dalam sebuah cerita adalah cerita disebalik cerita yang diceritakan. Memahami perkara yang tidak wujud dalam penceritaan, mendengar bisikan perwatakan yang tidak diucapkan oleh cerita tersebut, berterus teranglah berapa ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Beranikah kita menyelami kebenaran sebuah cerita ataupun kita semua hanya mampu mewujudkan khayalan sebuah penceritaan... cerita itu adalah sebuah cerita untuk kita semua!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku