revolusi


Perubahan merupakan satu titik yang membezakan lama dan baru dimana perubahan ini dilihat sebagai penambah baikkan terhadap sesuatu yang telah tersedia ataupun ia merupakan satu penambahan terhadap sesuatu yang kurang dan amat diperlukan. Perkataan yang lebih cenderung digunakan bila mengatakan tentang perubahan yang menyeluruh adalah revolusi. Pada detik kini sehingga suatu masa yang akan datang, istilah ini amat perlu untuk diamati dan diterjemahkan kerana negara sekarang berada pada permulaan kearah perubahan atau revolusi yang bakal membuatkan semua insan tidak kepenatan dalam mencari keinginan yang diidamkan selama ini. Revolusi yang diperkatakan ini merangkumi segala skop kehidupan iaitu dari segi ekonomi, politik, agama, fahaman dan sejarah. Hal ini mungkin dilihat remeh pada generasi sekarang dan mungkin menjadi perdebatan yang hebat dikalangan generasi yang lepas akan tetapi semua yang terlibat haruslah peka terhadap impian yang datang bersamanya. Perubahan merupakan sesuatu yang neutral kepada manusia dan juga alam, ini kerana perubahan telah pun menjadi tunjang yang mendokong perkembangan dunia selama ini. Walau bagaimanapun relovusi yang berkaitan dengan ketamadunan manusia selalu akan berakhir dengan sesuatu yang amat menggerunkan. Jikalau perancangan dan kerjasama bersama gagal untuk dikecapi, nafsu dan dendam akan menjadi pemacu utama yang akan cuba untuk mengkaburi ideologi perubahan/revolusi itu sendiri dengan perjuangan yang sebenar adalah sama sahaja pada dasarnya. Manusia sentiasa leka untuk menilai dengan lebih mendalam sejarah dan akan terus dikaburi dengan kejahilan yang tidak dapat diketahui sehinggakan sesuatu yang sama selalu menjadi persoalan yang berbeza. Langkah untuk mengatasi sesuatu konflik mahupun perselisihan amat senang untuk dirancang akan tetapi ia merupakan sesuatu yang susah untuk dipersetujui kerana kita sering melihat kearah kemenangan kita sendiri tanpa melihat akan perubahan/revolusi yang akan kita sendiri bina dan bentuk. Perubahan adalah senjata yang penting untuk sesuatu tamadun kekal menjadi pelindung terhadap inti pati sejarah itu sendiri; perubahan yang mengalami kegagalan akan mengakibatkan kehancuran terhadap tamadun lantas tamadun tersebut hanya akan menjadi sejarah teladan terhadap tamadun mendatang. Janganlah kita menyuarakan perubahan tanpa menilai sejauh manakah kita membawa tamadun kita ini berdepan dengan masa depan. Perubahan tidak akan kekal dan itulah yang amat perlu kita ingati. Sesuatu yang diperlukan kini mungkin juga sesuatu yang sebenarnya tidak diperlukan langsung cuma kita sahaja takut untuk menghadapi realiti yang kita kini telah ketinggalan. Perubahan akan terus menjadi taruhan semua pihak tetapi ingatlah bukan hanya seorang insan yang akan terlibat dalam peruhan tersebut; perubahan ini akan melibatkan semua insan. Perubahan yang direncana hendaklah menghormati semua insan dan bertunjangkan Perlembagaan yang didaulatkan dan dilindungi supaya kita dapat mempunyai garis perbezaan yang dapat menyelamatkan kita dari ditengelami buruan cita-cita yang merosakkan!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku