kawan

Berbicara tentang musuh yang sentiasa berada di samping kita semua, musuh yang akan cuba untuk memahami tindak tanduk setiap perbuatan kita, musuh yang akan menilai segala pemikiran dan budi bicara kita. Marilah kita berbicara mengenai rakan-rakan kita, kawan baik kita, teman kita dan semua yang tergolong dalam kumpulan – kumpulan yang berkaitan dengan persahabatan. dalam persahabatan kita mempunyai teman , sahabat, rakan dan kawan yang sememangnya satu kelebihan yang amat membanggakan akan tetapi sejauh manakah ia bererti buat kita. Perlukah kita mengimbau kembali masa silam untuk menghargai seorang teman ataupun kita hanya perlu untuk bangun setiap pagi untuk menghargai pengorbanan seorang teman. Adakah kata-kata yang terucap mampu difahami semuanya oleh seorang rakan ataupun biarlah ia terpendam kerana tiada sahabat mahupun teman yang akan menghargainya. Teman, rakan, sahabat dan kawan merupakan insan yang mewarnai kehidupan peribadi setiap individu. Tanpanya terasa kekosongan di dalam jiwa. Namun begitu ada yang memilih teman, ada yang memperbezakan nilai persahabatan dan terdapat jugak yang berbicara dusta semata-mata untuk mempunyai rakan. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh kawan kita dan juga diri kita sendiri, biarlah itu semua berlalu. Lupakan keperitan hidup kita supaya kita dapat mengingati semua yang kita perolehi hari ini adalah disebabkan kita berteman. Hidup ini sentiasa sunyi jika setiap hari kita bangun dan melakukan perancangan yang sama sahaja. Hidup ini membosankan jika kita sentiasa memikirkan permasalahan sekarang. Hidup ini akan berlalu pergi tanpa kita cuba untuk menghargai erti kehidupan yang sebenar. Marilah kita berteman, berkawan dan bersahabat untuk memudahkan pencarian erti kehidupan yang sebenar demi kita dan semua yang kita sayangi!


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku