tulisan pertama...


penulisan pertama dlm blog yang bercorak diari peribadi ini akan berkisarkan tentang sesuatu yang dekat pada diri setiap insan yang menginginkan perubahan dalam setiap langkah dan perbuatan yang direncanakan oleh dirinya. penulisan pertama ini akan meneroka dan menyelami jiwa serta permasalahan yang wujud dalam kelodak diri individu yang telah menghabiskan masa untuk menilai dirinya sendiri dan persekitarannya. penulisan pertama membawa maksud pergenalan diri untuk tatapan semua, diri seorang individu yang lahirnya di sebuah kampung di sebuah pulau di sebuah gagasan negara yang merdeka di samping benua yang terbesar di dunia. penulisan ini akan memperkatakan tentang kehidupannya di sekolah tertua di negara ini, perjalanannya ke sekolah menengah yang terletak berhampiran bukit dan kemudiannya telah melanjutkan pembelajaran di sebuah institut lahirnya pembina negara bangsa. penulisan ini akan mengetengahkan setiap keistimewaan yang dimilikinya seperti suka membaca, menulis, melukis dan memasak serta sebagainya. penulisan pertama ini amat penting kerana ia akan melambangkan keindahan sebuah kefahaman jika ia diteliti dengan lebih mendalam tanpa perlu wujudnya soal watak dan keadaan. penulisan pertama ini bertujuan untuk membuktikan kepada semua bahawa penulisan sepatutnya menjadi medium untuk mencipta keindahan bahasa di samping menjadi bahan yang berguna serta indah untuk di nilai. kesilapan dan keburukan penulisan pertama ini harapnya dapat dimaafkan kerana ia bukan diatas niat yang disengajakan.penulisan yang pertama ini bertujuan menarik minat semua untuk membaca sesuatu yang lebih daripada isu semasa dan mungkin penulisan pertama dapat mengeratkan hubungan yang tercipta daripada penulisan-penulisan yang lain kelak. penulisan yang pertama ini akan berakhir disini tetapi penulisan pertama merupakan penulisan yang memulakan blog AFLEZTALES untuk semua...

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku