kehidupan


Kehidupan ini mempunyai pelbagai dugaan dan cubaan. Ada di antaranya merupakan sesuatu yang terindah dan mungkin juga ia merupakan mimpi ngeri untuk insan yang lain. Walaubagai manapun kehidupan adalah sesuatu yang semua insan perlu lalui. Inilah hakikat sebuah kehidupan. Kehidupan semua mahkluk di dunia ini adalah berperingkat dan sentiasa berubah. Tiada insan ataupun objek yang kekal abadi selamanya, semuanya akan mengalami perubahan dan hal ini akan sentiasa berterusan. Dalam kehidupan manusia juga berperingkat dan pada asasnya ia mempunyai 4 peringkat. Seumpama perkembangan hidup rama-rama; peringkat telur,ulat bulu,kepompong dan akhir sekali rama-rama dewasa. Manusia mempunyai dua peringkat asas kehidupan yang amat penting iaitu kelahiran dan kematian walaupun begitu kita semua setuju yang tiada siapa tahu dimanakah permulaan kehidupan dan pengakhiran kehidupan sebab itulah kita hanya berbincang tentang peringkat pengisian kehidupan iaitu 4 peringkat jugak dimana peringkat awal (bayi), peringkat kanak-kanak, peringkat remaja dan peringkat dewasa. Pada peringkat bayi banyak perkara yang berlaku tetapi bukan semua perkara itu kita akan ingat. kita tidaklah lupa semuanya jugak, tapi kita semua boleh bersetuju waktu bayilah adalah waktu terbaik dalam hidup kita kerana kita semua tahu yang kita akan menghadapi kehidupan (walaupun kita tak boleh berfikir dengan matang-itu tak penting sebab penulisan blog ini pun bukan bertujuan ke arah itu) kita semua kemudiannya melalui peringkat kanak-kanak yang penuh keceriaan dan cabaran, dan cabaran ini berterusan sehinggala kita semua dewasa. Pada peringkat kanak-kanak banyak benda yang membentuk kita, siapa kawan kita dan siapa yang kita percayai dan pengetahuan kita berubah sentiasa dan akhirnya mempengaruhi kita. Peringkat remaja pun menjelma tetapi peringkat ini boleh dikatakan agak blur untuk semua kerana kita semua berkembang melalui cabang-cabang kehidupan yang berbeza. Oleh itu perwatakan dan kebolehan kita pun mula berubah dan sekali lagi kita mula menzahirkan peringkat perkembangan kita. Pada peringkat dewasa pula, kita tak banyak berkembang dari segi fizikal tetapi kita mula matang dari segi mental. Kita akan mula berfikir dan fikir dan fikir...
agak kelakar jugak kehidupan semua makhluk di dunia ini tetapi apa yang lebih kelakar adalah kita semua berkongsi satu kehidupan di dunia yang sama. Suka atau tidak kita semua terpaksa mengalah sebab dalam kehidupan ini akan sentiasa ada yang berjaya dan yang gagal, ada yang kuat dan yang lemah dan ada yang sempurna dan tidak. Itulah warna-warni kehidupan. Kehidupan yang sentiasa pegun dan sama agak membosankan lebih-lebih lagi kepada manusia kerana kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir membatasi norma-norma kehidupan itu sendiri. Marilah kita menghadapi cabaran kehidupan sebab kita semua merupakan satu komponen kehidupan ini.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku