cinta


Cinta itu berlikukan kasih dan bertatahkan sayang yang amat berbeza bagi setiap insan yang memperhalusi budi pekerti keindahan cinta. Dalam memperkatakan hal cinta banyak yang ingin di kongsi dan banyak juga yang perlu di rahsiakan supaya cinta itu kekal misteri. Keunikan cinta lahir pada insan yang buta terhadapnya, insan yang berjuang dengan apa yang diperkatakan cinta, insan yang melalui perjalanan yang penuh berwarna dan bermakna. Cinta itu sungguh subjektif dan mempunyai banyak persoalan. Kaedah dan tujuan percintaan itu misteri tetapi anugerah mengecapinya adalah nikmat yang penuh dengan dugaan dan derita. Sesiapa yang ingin melarikan diri daripada cinta nescaya akan terus berlari dengan berbekalkan kebencian terhadap sesuatu yang amat susah untuk difahami. Usahlah membencikan cinta kerana kitalah kisah cinta yang terlalu agung untuk dilupakan dan kitalah punca cinta itu mekar dan musnah dengan penuh ”drama” disebabkan watak dan dialog yang kita ucapkan. Kisah cinta setiap insan berbeza dan itulah yang amat bermakna dalam bercinta, kita mampu berkenalan dengan cinta akan tetapi kita tidak berjaya memperhalusi nilai cinta itu sendiri. Sejak kecil kita semua mula bercinta cuma kecil dan besar cinta itu tidak sama . Pengenalan cinta melatih kita untuk memperbezakan cinta dimana seharusnya semua cinta itu sama, cinta kepada Tuhan samalah ia dengan cinta kepada ibu dimana tanpa ibu kita tidak mengenali Tuhan. Cinta kepada harta samalah seperti cinta kepada alam kerana tanpa alam apakah nilai harta. Begitulah pengertian cinta yang bermakna semuanya sama dan tidak perlulah kita berdalih dalam memperkatakan persamaan cinta. Tiada cinta yang sepatutnya menjadi lebih agung dari cinta itu sendiri. Cintailah cinta tanpa mencintai sesuatu yang bukannya cinta. Ingatilah tanpa cinta kita mungkin gagal memahami insan yang lain dan tanpa cinta mungkin tidak wujublah keindahan dalam alam ini kerana cinta adalah kunci dalam melihat keindahan alam. Marilah bercinta dengan cinta!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku