fikiran

Pemikiran berkait rapat dengan kematangan dan pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tertentu dalam usaha untuk mengharungi kehidupan ini. Setiap insan berhak membentuk dan menilai pemikiran sendiri tanpa dikaburi oleh pemikiran insan yang lain. Amatlah penting untuk setiap insan membentuk corak pemikiran yang tersendiri akan tetapi itu tidak bermakna pemikiran insan tersebut tidak boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain. Penggabungan pemikiran dengan faktor dalaman dan luaran kehidupan dapat membantu dalam kita mencari penyelesaian yang mutlak ke arah permasalahan yang sering berlaku terhadap kita pada masa kini. Apa yang penting adalah kita hendaklah berhenti sejenak untuk berfikir dengan tenang dan damai agar langkah pergerakan kita berjalan dengan lebih lancar. Untuk memahami penulisan ini juga memerlukan pemikiran yang matang dan terbuka. Pemikiran akan membolehkan kita membuat hubung kait terhadap penulisan ini dengan kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Kita perlulah sentiasa berfikir walaupun terhadap perkara yang melucukan dan agak mudah untuk dinilai. Kebolehan berfikir sentiasa menjadikan kita berbeza dengan haiwan oleh itu hendaklah kita terus berfikir. Kenapa agaknya terdapat diantara kita yang sering kali menyerupai hiawan padahal kita mempunyai kebolehan untuk berfikir. Cukupkah untuk kita membezakan diri kita ini dengan hiawan berdasarkan tahap pemikiran kita sekarang? Rasanya kita tidak pernah keluar dari kurungan pemikiran minda yang lama. Kita tidak pernah matang dalam menghayati dan menilai pemikiran, kerana itu kita sering kali tersesat ke arah jalan yang sama seperti mana pernah kita berada dahulu. Tiada gunanya kita berbangga dengan pencapaian generasi kini dan mendatang jika tahap pemikiran masyarakat kita sentiasa mendatar. Perubahan mungkin sesuatu yang diperlukan akan tetapi berubah sahaja tidak cukup jika kita tetap gagal untuk berfikir. Jangan kita terlampau ”kolot” dan ”daif” dalam membezakan pemikiran dengan kata hati. Tidak cukup untuk kita hanya mampu menguasai pemikiran untuk membolehkan kita berfikir. Fikirkanlah tentang pemikiran dengan lebih mendalam untuk memahami sesuatu yang berbeza!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku