bahasa

Bahasa itulah jiwa bangsa kerana melalui bahasalah kebebasan untuk bersuara dengan rentak dan kata serta ritma yang tersendiri dapat dilafazkan tanpa perlu untuk kita memperdulikan tekanan dan perubahan yang terdapat diluar sana. Bahasa adalah medium asas kemerdekaan sesebuah negara dan juga medium pemeliharaan sesuatu bangsa untuk mengharungi perubahan zaman dan peredaran masa. Bahasa tersangat penting untuk dijaga oleh segenap masyarakat disebabkan kebolehannya untuk merubah dan menyampaikan matlamat dan cita-cita sesebuah negara kerana dari bahasalah komunikasi itu bermula. Renungkanlah kedudukan bahasa kita sekarang ini dan percayakan diri kita bahawa ada tempat yang lebih tinggi untuknya disanjung dan betapa kita perlu untuk mencari jalan supaya pengekalan bahasa kita ini tidak dipersiakan. Jangan disebabkan peredaran zaman dan kebangkitan tamadun luar menyebabkan kita terlampau daif untuk meningkatkan status kedudukan bahasa yang telah mendirikan bangsa kita sejak azali lagi. Kebangkitan bahasa lain patut dirai tetapi tidak patut disanjung melebihi bahasa kita kerana ia mungkin akan mengaburi pemikiran kita terhadap kepentingan sebenar jati diri kita. Dengan hanya sedikit imej kebangsaan dan budaya asli yang tinggal kini, perubahan terhadap keutamaan bahasa akan mencabar keupayaan generasi mendatang untuk memperingati sejarah dan kegemilangan bangsa kita yang terdahulu. Dilema yang wujud sekarang tidak perlu dipedulikan kerana kita pernah melaluinya sebelum ini, dan pengekalan status lama dan cara lama amat perlu kerana ia akan memantapkan lagi kebolehan kita untuk mengatasi masalah yang berbangkit. Tiada apa yang lebih baik dengan menrencanakan perubahan untuk menyamai semua tahap pencapaian luar kerana kita perlu membina negara ini berdasarkan acuan dan fahaman kita sendiri. Jika status negara maju yang diburu, kita haruslah bangkit dengan kepercayaan sendiri untuk mendahului zaman berdasarkan kebolehan dan jati diri kita sendiri. Kepentingan luar memang tidak dapat dinafikan tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus menagih terhadap kepentingan itu kerana kita sudah pun mampu untuk berdiri di atas pencapaian sendiri dan inilah masa untuk menunjukkan kepada dunia kebolehan kita adalah tersendiri dan perlu dinilai dengan menganalis menggunakan keindahan bahasa kita sendiri. Kita bukahlah penakut untuk berjuang di samping masyarakat antarabangsa cuma kita tidak pernah membenarkan peluang itu lahir dengan sendirinya. Dengan berfikiran panjang dan tegas terhadap kepercayaan bahawa bahasa kita mampu mengungguli dunia, kita akan mampu meletakan asas yang kuat terhadap perubahan yang sentiasa direncanakan untuk masa hadapan generasi mendatang. Usahlah bersemangat untuk memperbaiki status pencapain bahasa asing jika bahasa kita sendiri ada yang masih tidak terbela nasibnya dan pencapainnya pun belum tentu dapat dikekalkan sepenuhnya..


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku