wajah


Mengenali,dikenali,mengenalkan dan dikenalkan memang peristiwa yang amat berbeza dan berbagai. Dalam proses ini semua fakta mungkin dilupakan ataupun diingati dengan penuh detail sekali walaubagaimana pun sesuatu yang akan sentiasa berlegar diminda semua insan yang melaluinya adalah wajah insan yang kita kenali, mengenali, mengenalkan dan dikenalkan. Wajah amat senang dibaca dan amat mudah pula diramal jika seseorang itu mengambil masa untuk memperlajari ilmu ini yang amat sukar untuk dikuasai. Wajah adalah milik setiap insan dan boleh berubah sentiasa seumpama perwatakan dan emosi seseorang. Tiada insan yang akan kehilangan wajahnya walaupun tiada wajah untuknya pertontonkan kepada sekalian alam ini. Wajah membentuk kita, membina kita dan mengajar kita untuk membuat sesuatu terhadap perkembangan diri kita. Ada yang menpunyai wajah yang hodoh dan itu perlu ditukar kepada yang lebih cantik dan diterima umum dan terdapat pula wajah yang menjadi pujaan ramai yang terpaksa disembunyi untuk mendapat kenikmatan mempunyai wajah tersendiri. Penderitaan dan keseronokan semuanya berkaitan dengan wajah dan itulah sejarah dan perkembangan manusia selama ini. Tidak pernah kita menghilangkan wajah-wajah insan yang berbakti, berbudi, beramal, berdendam, berkasih, berdosa, berada dekat dengan hati kita kerana kita sedar kepentingannya dalan kehidupan kita. Kini dengan kemudahan teknologi, kita bukan sahaja dapat menyimpan ingatan wajah tetapi kita dapat memilih setiap wajah yang kita inginkan. Hal ini amat bermakna kepada kita kerana ia umpama kuasa untuk menguasai sepenuhnya perjalanan hidup kita ini. Dengan kemampuan mengubah wajah, kita memiliki kebolehan untuk menyembunyikan kelemahan dan mempamerkan kekuatan yang kita miliki. Setiap insan didunia ini cuba menuju kearah kejayaan yang dapat diterima ramai supaya wajahnya akan sentiasa dihargai dan diberi keutamaan. Kita berkehendakan kesempurnaan yang akan membinasakan diri, terlalu banyak persamaan, terlalu banyak jurang perbezaan yang telah wujud dan ini akan berterusan sehinggalah kita semua lupa akan wajah yang pernah kita miliki. Dengan wajah kita menilai insan yang lain, dengan wajah kita menafikan hak insan lain dan dengan wajah kita hidup di dalam dunia penuh dengan nafsu dan kegilaan terhadap kuasa. Wajah tidak akan berubah, wajah tidak akan kekal, wajah tidak akan memahami, wajah tidak akan tahu erti kehidupan kerana bukanlah pada wajah ini semuanya terjadi. Tiada lansung kepentingan wajah di dunia ini, ia seumpama ilusi keindahan hakiki yang mengaburi setiap satu keistimewaan manusia itu. Tanpa wajah kita tidak akan tahu menghargai dan mengingati pada hal tanpa wajahlah yang menjadi kita semua sesuatu yang pasti dan sebabnya kita disini. Wajah tiada erti dan maknanya lagi!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku