Benci

Mungkin untuk memahami sesuatu yang tersirat itu amat susah dan mungkin juga sesuatu yang tersurat itu kurang jelas untuk dinilai, walaupun begitu amatlah senang untuk kita memahami kebencian setiap insan terhadap sesuatu yang lain. Kebencian adalah pendaman perasaan yang diselaputi dendam, cemburu dan kurangnya perhatian terhadap sesuatu yang lazim dengan diri sendiri tanpa memahaminya. Secara terus terang, ini adalah topik paling susah untuk diulas kerana telah banyak perkara yang insan ini lalui disebabkan kebencian dan menulis tentangnya umpama mengimbau kembali kenangan lama. Apa yang lazimnya mencetuskan kebencian tidak pula diketahui kerana hampir semua sebabnya berkaitan dengan isu yang dilihat seakan-akan kebudak-budakan untuk dinilai sebagai sesuatu yang teramat penting untuk membenci insan yang lain. Dendam terhadap perbezaan yang wujud di antara kita, perasaan cemburu terhadap rezeki Ilahi yang sememangnya di luar kuasa kita dan tidak mempedulikan insan yang sentiasa peka terhadap keadaan kita dengan alasan “dia” sungguh sombong dan banyak lagi mungkin inilah di antara alasan yang diberi dan mungkin juga inilah alasan utama. Akan tetapi tiada ertinya untuk kita terus membenci dan dibenci kerana itu semua hanyalah sementara. Hidup ini adalah satu perjalanan dan apa yang disukai dan dibenci tidak akan sentiasa kekal dan mungkin juga tidak akan berubah. Kebencian yang melampau disebabkan dosa silam yang terungkap berdasarkan kejahilan sememangnya tidak akan membawa kemana-mana. Sejauh mana kita mampu untuk melupakan kebencian itu dan hidup dengan imej yang baru, inilah ujiannya dan kitalah penentunya. Lupakan sahaja kebencian itu, bina tujuan baru, hayatilah erti kesilapan lama dan pelajarilah sesuatu yang baru terungkap pada hari ini. Sejarah mungkin mampu menerangkan segalanya dan kita pula akan sentiasa mentafsir semua yang berlaku; hal ini penting tetapi cubalah kita lakukannya tanpa menanam benih kebencian didalam insan yang masih baru dalam mengetahui kebenaran yang tersurat dan tersirat. Janganlah kita terlalu menilai dan terlalu takut dengan sejarah silam, kita hendaklah berhenti memberikan kebencian kepada insan yang lain kerana ini akan mengakibatkan kebencian itu terbalik kepada diri kita sendiri. Hentikanlah membenci dan membinasakan diri; pelajarilah ilmu memaafkan dosa-dosa yang silam supaya kita dapat melangkah dengan tenang di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku