harapan

Persoalan demi persoalan mengaburi fikiran ini tentang kesempurnaan dunia rekaan Ilahi dan ternyata bertapa kecilnya harapan kita dan berapa lamakah mampu untuk kita terus mempertahankan perjuangan kehidupan ini. Terlalu banyak insan yang tidak mengetahui, terlalu banyak yang tidak mengambil peduli, terlalu banyak yang berfikiran semuanya akan berlalu pergi dan terlalu banyak yang hanya menanti pengakhiran yang terlalu pasti; inilah harapan untuk dunia kita, perjuangan yang sering diperkatakan dan pemikiran semua yang terlibat dalam membentuk dunia ini? Harapan hanya disuarakan dan terlalu lewat untuk direalisasi seperti mana penulisan-penulisan ini yang hanya dibaca oleh insan yang mencari keseronokan disebalik kebosanan. Tiada yang memandang serius semuanya yang berlaku, mereka hanya menunggu untuk satu bentuk revolusi terjadi; hanya menjadi pengikut peredaran zaman dengan tidak mempunyai sebarang bentuk pemikiran yang tersendiri. Semua hanyalah pengecut terhadap kata-kata sendiri! Disini bukanlah tempat untuk mengutarakan kebencian terhadap sesuatu dan bukankah tempat untuk menjadi permulaan demontrasi yang terlalu ketinggalan zaman. Disini tempat untuk melahirkan pemikiran yang matang, rasa hati yang tulus terhadap dunia yang amat dikasihi. Terlampau lama rasa hati terpendam, masih tiada perubahan yang mendatang; setiap hari lautan tercemar,hutan dibersihkan dan keindahan alam diseragamkan supaya semuanya mampu untuk kita (manusia) miliki. Sejauh mana kita akan melangkah jika tiada tanah ataupun daratan untuk menjadi lantasan pergerakan masa hadapan kita, cukuplah dengan peperangan disebabkan perbezaan agama, kefahaman dan nafsu harta serta kuasa. Carilah pendoman terhadap jati diri sendiri yang bergelar manusia sesungguhnya kita dilahirkan sama dan serupa walaupun terhadap perbezaan yang amat ketara. Jadilah pemula terhadap masa depan yang diinginkan, jadilah nadi harapan baru terhadap perubahan yang direncanakan dan hentikanlah paksaan terhadap mereka yang leka, hentikanlah perbalahan terhadap mereka yang malas menzahirkan perubahan diri kerana itu semua tidak lagi penting disebabkan masa itu sentiasa berputar dan bergerak dengan sendirinya. Usahlah membazir masa mengetahui intipati perjuangan pemikiran yang sentiasa berubah, usahlah terlalu obses dengan kemajuan dan kreativiti pemikiran manusia kerana itu semua akan sentiasa berubah. Lakukan perubahan dengan sendiri kerana walaupun perlahan itulah permulaan untuk semua ideologi yang terdapat kini. Suarakan harapan terhadap dunia baru, zahirkan inovasi tanpa perlu sogokkan nafsu dan zaman, lukiskan perkembangan tamadun yang lebih indah dengan penuh keharmonian alam dan akhirilah kejahilan yang terlalu lama bertapak di pentas dunia ini. Bina, sokong, jaga dan kekalkanlah harapan dunia kita!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku