Kematian


Perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan kita tapi sejauh mana realiti itu kita dapat hadapi adalah berbeza untuk setiap individu.

 

Kematian pertama sahabat aku berlaku ketika aku berumur 14 tahun, dimana aku dapat berita itu setelah balik dari sekolah. My mum was like - abg, ingat tak ***** - dia dah meninggal dunia sebentar tadi. It was like apart of me feel lost and helpless tapi itu bukanlah kehilangan pertama. Sebelum itu, ada juga ahli keluarga ku seperti datuk, nenek yang meninggal dunia dan untuk setiap kehilangan itu, kisah dan cerita disebaliknya adalah pelbagai.

 

I got another news about a friend die at 15 and the next year another - later two year at around 18; I lost 4 friends in an drowning accident that take place - I was one of the victims in that tragedy - however I was the lucky one.

 

Death follow you. And death happen all the time. I lost my dad during my final year in university. I have ex that already die as well.

 

I have face death experience a couple of times - making me feel I’m at the edge of life. I’m grateful untuk hidup hari ini.

 

Kematian sentiasa memberi pengajaran kepada kita dan melalui kematian kita dapat memahami kehidupan.

 

Ketamakan tidak pernah terputus walaupun ada kematian berlaku ; yang hidup akan terus lalai dan angkuh dengan kepentingan diri.

 

Yang mati - akan kekal selamanya hilang dari dunia ini ; mereka terputus sudah dengan ikatan dan bebanan kehidupan.

 

Currently, I’m dead inside.

 

I look at the world and felt as if the world got no reason to look back at me. I can be anyone yet nobody will notice - I’m not myself. That emptiness is a void to find a self-image.

 

What if I die tomorrow? Tears will flows but won’t be a reason strong enough to shake anyone from their core. Losing a person is hard - but losing yet another person is just an experience.

 

Deep inside - pasrah. Dengan erti kata lain - redha dengan apa yang bakal berlaku, sedang berlaku dan telah dilakukan. Kita tak boleh hidup dalam simpulan sejarah.

 

Tersimpul dengan sejarah, menyebabkan setiap kematian adalah dendam. Setiap kematian adalah darah yang tertumpah dan perlu diingati - sedangkan kematian adalah penamat kepada permulaan baru bagi yang hidup.

 

Kalau anda hidup dalam sejarah dan kenangan - kematian tidak pernah berlaku, kerana fizikal kubur itu akan disembah - cerita dan kisah akan berpanjangan - tiada penghujung - tiada kemaafan - tiada masa hadapan.

 

I’m lucky.

 

I’m dead inside.

 

So partial of me already understand that - kematian hanya bermakna jika ia bebas dari sejarah. Kematian berlaku dan berlalu. Seterusnya adalah langkah kearah kehidupan.

 

Mesti pun kematian berlaku berpunca dari tindakan ataupun tanggung jawab pihak lain. Kematian berlaku dan berlalu.

 

Sesaat pun kematian itu tidak akan dilambatkan ataupun diawalkan jika ia bukanlah masa nya.

 

 Tidak perlu dikesali kematian - ia adalah rahsia alam yang tiada siapa tahu ketetapannya.

 

Kita hanya hidup dan nampak kematian itu berlaku, dalam pelbagai cara dan kitaran - selama mana kita hidup, tidaklah termampu kita dengan kuasa yang ada untuk menghalang kematian.

 

Kebanyakan masalah dunia sekarang, perbalahan dan jurang perbezaan yang wujud adalah disebabkan kematian.

 

Firaun masih hidup - bukan kerana jasadnya berjalan tapi kerana kematiannya masih dijadikan sejarah dan kenangan. Ia hidup kerana ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi kehidupan.

 

Takkan melayu hilang didunia - tiada yang mati jika sejarah itulah ulam sayuran makanan bangsa melayu yang dijamah setiap hari tanpa jemu kepada setiap generasi.

 

Tiada manusia mampu berkata manusia sesama manusia setara dan hanya satu.

 

Tiada kematian yang membawa makna penyatuan.

 

Kematian bagi setiap kehidupan adalah satu. Sekali.

 

Even the Sun - will die and it happen only once.

 

Dan di sebalik kematian - ada kehidupan. Kerana tanpa kehidupan - tiada kematian.

 

I’m dead inside cause I’m alive right now.

 

I saw my death only cause I’m alive to be there.

 

So kematian - ratapi dan pelajarilah daripadanya supaya kehidupan memberikan erti.

 

Bukanlah mudah untuk teruskan kehidupan, lebih lebih lagi  dengan kesakitan,seksaan dan bebanan sejarah disebabkan kita menolak untuk mati-menamatkan kitaran hidup.

 

Terima ia, yang mati telah mati - yang hidup perlu lebih mengerti - hidup ini hanya sekali ; tidak perlu membenci - beri kesenangan dan semoga diperoleh kesenangan menuju kematian.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku