Masyarakat Rohingya!




Berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia bahkan hendak dikatakan satu penindasan baru mungkin adalah sesuatu yang agak keterlaluan dimana seperkara yang hampir serupa pernah terjadi dan masih terjadi di sekitar wilayah terpinggir China dimana penghapusan kaum terutamanya kaum minoriti menjadi sesuatu yang tegar dan tidak boleh dibendung oleh masyarakat dunia.

Sememangnya bukan inilah tujuan penulisan ini terencana tetapi ianya lebih kepada persoalan dimana apakah salah masyarakat Rohingya sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Mungkinkah terdapat dendam dikalangan masyarakat dinegara itu yang menguraikan kepentingan kaum Rohingya ditidakkan. Adakah Rohingya pernah menindaskan dan memihak kepada pihak yang salah suatu ketika dahulu sehingga dibenci sehingga kini. Persoalan ini terbangkit tika Ang Suu KI sendiri-seorang pejuang hak asasi kemanusiaan yang menjadi ikon kepada dunia enggan memihak kepada Rohingya.

Jika sentiment keagamaan menjadi tunjang kepada perbalahan kedua pihak maka tidakkah janggal bagi pihak kerajaan Myanmar itu sendiri untuk menerima dan bekerjasama dengan negara-negara Islam yang nyata menjadi musuh mereka selamanya. Dimanakah kebenaran disebalik keterangan ini dan adakah ini perlu menjadi satu bentuk kebencian sekiranya secara kebetulan semua ini terjadi melibatkan agama itu sendiri.
Mungkin masyarakat Rohingya dapat memberi jawapan terhadap persoalan ini, akan tetapi perkara yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak adalah satu bentuk kedamaian.  Kedamaian ini mampu tercapai jika kedua-dua pihak boleh bekerjasama dalam memastikan kepentingan yang mereka kehendakkan adalah saling menguntungkan.

Apakah kemahuan masyarakat Rohingya itu sendiri? Masihkah mereka mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat Myanmar dan jika itulah yang dimahukan-apakah syarat yang digariskan oleh pemerintah Myanmar dalam hal ini. 

Tidak perlulah dipersoalkan lagi kewujudan tamadun awal Rohingya mahupun sejarahnya kerana kini Rohingya adalah nyata dan perlu diterima. Maka yang diperlukan sekarang adalah perjanjian yang dapat memberikan satu bentuk ketetapan terhadap penerimaan Rohingya dalam masyarakat Myanmar. 

Amatlah janggal jika pihak Rohingya perlu memohon maaf terhadap masyarakat Myanmar akan tetapi jika masyarakat Myanmar itu sendiri kebanyakkannya masih lagi mempunyai dendam terhadap Rohingya maka tindakan memohon kemaafan walaupun daripada pihak yang tidak bersalah haruslah dianggap mulia.

Jika masyarakat Rohingya mahu diterima Myanmar, mereka haruslah memastikan bahawa perjuangan mereka adalah berlandaskan prinsip kenegaraan Myanmar dan tidak sesekali memperlekehkan semangat kenegaraan tersebut. Dan jika mereka mahukan penindasan itu berakhir maka amatlah penting bagi mereka menyerah terhadap tuntutan Myanmar akan tetapi sekiranya agama menjadi pertaruhannya maka negara Islam yang lain perlulah menerima Rohingya sebagai rakyatnya dan terhapuslah nama Rohingya dari dunia ini kerana itu hanyalah gelaran yang memberikan perbezaan.

Hakikat sebenar yang berlaku kini- terlalu ramai penduduk dunia tidak membuka mata dalam menerima perbezaan yang wujud dikalangan anggota masyarakat dunia itu sendiri. Tidaklah perlu untuk kita mempergunakan alasan “agama” sentiasa dalam memperdebatkan perbalahan yang berlaku kerana sesuatu yang berlaku mungkin tidak melibatkan perbezaan agama sekali pun. Cuma apabila perkara diperbesarkan maka segalanya menampakkan corak kebencian yang serupa.

Pada kaca mata penulis ini, permasalah Rohingya dapat diselesaikan jika masyarakat dunia tidak mencari punca untuk berbalas tentang siapa salah dan siapa betul. Jika semua pihak mahu memperjuangkan hak maka siapakah sebenarnya yang berhak?

Jika diteliti dengan mendalam hampir setiap perbalahan melibatkan kehilangan berjuta-juta nyawa; berapa ramai masyarakat Tibet yang dibunuh, berapa banyak nyawa yang terkorban dalam peperangan diantara kaum di Afrika dan berapa pula yang menderita disebabkan kealpaan kita semua sebagai masyarakat dunia.
Kita hanya tahu menunjuk jari terhadap golongan yang berani memperakui kebencian mereka tetapi kita sendiri tidak berani untuk menjadi golongan yang sentiasa memaafi setiap laku salah orang yang hidup dalam kebencian.

Entahlah hakikat dunia ianya lebih senang untuk menentang musuh yang nyata tetapi amat rumit untuk memahami musuh didalam diri sendiri.

Bagi masyarakat Rohingya- diharapkan pada bulan yang penuh kemuliaan ini, diberikan cahaya yang menyuluh terhadap pencarian penyelesaian anda. Sebaiknya bukanlah peperangan dan kebencian yang diharapkan tetapi kemenangan untuk semua supaya tidak hilang segalanya.

Dan kepada sesiapa yang menbaca, lihatlah diri dan jangan sesekali lupa—sejarah itu perulangan yang nyata cuma hakikinya yang berbeza maka renungkanlah ia semoga pengajaran daripadanya memberi hidayah kepada semua!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku