Hati Kesunyian

Pada hari yang sunyi , bersendirian diri ini dengan di minda terdetik kenangan ketika mempunyai sahabat yang kini semuanya jauh dari pandangan. Berkawan dan bersahabat tidak mungkin berkekalan sepanjang masa, ada yang datang dan pergi, ada yang muncul ketika delima serta hilang ketika bahagia. Kenangan hidup menjadi abadi. Walau apa pun rupa sahabat, hidup ini perlu berkawan jika tidak udara menjadi racun dan akal menjadi duri memakan diri dalam derita dan kesunyian. 

Bersendirian menulis pemikiran dan sendirian membentuk tafsiran menjadikan diri ini begitu sunyi. Esok mungkin membawa keceriaan tetapi menunggu masa berlalu merentas detik merupakan langkah yang panjang dan penuh dengan pelbagai pemikiran.

Bukan dengan senang kita mahu mencari kawan. Bersama, berpandangan dan berseloka berbual bicara itu madah diri ini yang amat sukar untuk diperolehi. Yang berdekatan berdiam diri dan yang berjauhan sibuk menyiapkan diri dengan kehidupan kelak semuanya terpisah dan menjadi asing  maka bersendiran dan bersunyian lah diri ini.

Seandainya otak ini tidak pandai dan akal ini tidak matang dalam pemikiran maka diri ini telah lama hanyut dibadai nafsu dan derita walaupun sudah langkahku tersilap dan dilambung ombak, basah dan kecewa malah hampir lemas kemudian aku tersedar dan bangun semula dengan keyakinan yang baru. 

Sahabat yang hanya memanggil untuk nafsu, sahabat yang menggunakan diri untuk wang, sahabat yang perlu diteman untuk berhibur, sahabat tika dalam pekerjaan dan hanya sahabat dari pandangan jauh serta sahabat untuknya tapi bukan pada diriku = semuanya hadir tertulis tetapi akhirnya jiwa yang melara dalam nyata terasa kosong dari bersuara. 

Sahabat yang lama berkelana, sahabat yang selalu bersuara, sahabat yang kerap bersua, sahabat yang dalam gengaman tangan, sahabat yang terpendam di hati, sahabat yang membina diri dan sahabat idola tanpa dimiliki = semuanya hadir tertulis tetapi akhirnya jiwa yang melara dalam nyata terasa kosong dari bersuara.

Walau dimana pun dan bagaimana pun apabila diri ini adalah seperti ini seharusnya ada kesedaran bahawa terciptanya diri adalah untuk sentiasa terasa keseorangan mesti pun di kelilingi manusia. Itulah diri mu dan jika kamu cuba untuk menyisihkan dirimu sendiri kelak kamu akan sedih dan cuba menamatkan riwayatmu kerana kamu lupa siapa dirimu. Tidak perlu kamu akur kepada kebiasaan manusia kerana manusia yang kuat adalah mereka yang berjaya menjadi diri mereka sendiri. Jadilah dirimu dan tinggalah bersendirian, itulah takdirmu dan ini adalah kemenangan untuk dirimu. Ingatilah ketengan itu dijiwa dan di dalam dirimu sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku