Posts

Showing posts with the label NEGARAKU

Secebis Ilmu di Negaraku

  Dimana kita?   Adakah selangkah memajukan diri ataupun selangkah selesa dengan mendiamkan keluhan?   Sistem pendidikan di Malaysia, sering kali berubah dan terus berubah mengikut acuan politik. Perjalanan dan kemajuan sistem dibentuk untuk memberikan imej kejayaan kepada peneraju arena politik negara. Sebab itu natijah pendidikan berdasarkan status quo bangsa masih kuat dipegang, sebab itu pendidikan teras keagamaan dinafikan. Kita hidup dengan mundur tanpa lesu terhadap imej pemimpin yang hanya mahu benar di mata masyarakat.   Setakat hari ini, perubahan yang berlaku adalah secara langsung dari suara rakyat. Rakyat yang gelisah tanpa arah tentang pendidikan sedangkan rencana sekarang merupakan acuan kukuh sistem yang telah lama wujud.   Kenapa kepentingan tinggi diberikan kepada pembelajaran berdasarkan silibus buku dan rencana guru sahaja? Bukankah dulu di agungkan sistem penbelajaran kendiri dan ICT integrated learning sehingga program FROG-VLE diperkenalka...

KU YAKIN INILAH WAKTUNYA!

Politik, ideologi dan populariti. Adakah wajar untuk kita mengatakan ini penting dalam kehidupan?   Populariti; Hari ini jika anda tidak popular - tiada siapa mahu mendengar, melihat dan mengetahui. Guru lebih mudah diterima jika mempunyai rupa, penyanyi lebih mudah dijual jika mempunyai cerita dan pelakon lebih senang difahami jika mampu petah berkata-kata. Bukan ilmu, bakat dan minat menjadi ukuran. Cukup sekadar tontonan ribuan, cukup sokongan “like” jutaan dan cukuplah sekadar setua jagung dalam berkata-kata maka berilmu, berakal dan berakhlak lah sudah untuk dijadikan pejuang, pemimpin dan pewakilan dalam masyarakat. Kuasa, pengaruh dan suara hanyalah hiburan kepada mereka yang leka. Mereka berfikir cukuplah jika yang indah, cukuplah yang gagah dan cukuplah yang petah berdiri menjadi pemimpin. Sedangkan perancangan, kesabaran dan kesetiaan amatlah penting untuk mewujudkan kestabilan dalam masyarakat. Jika kita terus bersenang dengan pendekatan populariti - maka janganlah terke...