Kemunculan Hudud adalah tuntutan Penyatuan Ummah!
Kenapa orang bukan Islam menentang Hudud..bukankah
undang-undang itu untuk orang Islam sahaja dan mengapakah mereka perlu berlebih-lebih?
Adakah benar Hudud hanya untuk orang Islam sahaja; dan
jikalau begitu dimanakah ertinya mewujudkan sebuah Negara jika dalam
perlaksanaan perundangan kita mempunyai pecah yang hakiki tentang hukuman dan
sesetengah pihak akan melihat hal ini sebagai ketidak adilan.
Cuba bayangkan.. hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah
Islam adalah berbeza dengan pesalah bukan Islam…bukan sahaja cara hukuman
tetapi kaedah keadilan dan perhakiman juga berbeza.. ini adalah ketidak
seimbangan dari segi perlaksanaan perundangan…dan kemungkinan besar komuniti
Islam tidak akan menjalinkan kerjasama dengan komuniti bukan islam disebabkan
terdapat pecahan dalam perundangan..
Implikasi perlaksanaan undang-undang Hudud jika tidak
dilakukan secara menyeluruh adalah perpecahan mengikut agama dan hal ini akan
membawa dimensi baru terhadap kefahaman kehidupan beragama dan status bebas mempraktikkan
amalan keagamaan…
Saya bersetuju dengan Hudud tapi saya tidak bersetuju dengan
tindakan pantas dalam membuat keputusan sebegini; msayarakat secara amnya perlu
didikan berkenaan hal ini. Kita perlukan dialog tentang Hudud dan bukannya
berdialog sesama Islam tetapi berbincang secara komulatif dalam anggota
masyarakat.
Apa maknanya Hudud di
Kelantan jika Pulau Pinang masih berjudi dan berpesta liar; bagaimanakah kita
ingin membentuk imej Islam jika kita sebagai sebuah Negara yang bertunjangkan
Islam masih berpecah belah.
Untuk semua umat Islam; Islam itu lebih kukuh di dalam hati
dan sanubari—Islam tidak dimulakan dengan penekanan aspek luaran dan tidak
dimulakan secara terbuka, kembali kepada jati diri kita. Lengkapkan diri, permudahkan
cara penyampaian dan penerimaan Islam dan sanjung komuniti Islam itu sendiri
tanpa ada perpecahan.
Selepas kita bersatu, selepas kita bersedia untuk bersuara
sebagai satu komuniti—kita wajarlah untuk menzahirkan imej kita sebagai
komuniti Islam yang lengkap..dan laksanakanlah HUDUD – hukum pelengkap ketamadunan
Islam..
Untuk sementara waktu ini, segala ujian ini melihatkan
kepada kita kepentingan untuk kita bersatu kerana tanpa perpaduan itu—kita akan
sentiasa diduga untuk membuat keputusan yang bukan sepatutnya diperbincangkan.
Comments
Post a Comment
please think wisely!