hudud bukan sekadar hijab di kepala


Kita bercakap tentang hudud….. kita rasa itulah undang-undang yang mampu kita laksanakan tetapi kesempurnaan undang-undang itu telah tertulis cuma adakah kita benar-benar bersedia. Kenapa ada golongan sanggup membuat ugutan terhadap mereka yang menentang hudud dan menjatuh hukum kepada mereka yang bersalah dengan sepenuh kekejaman.. adakah itu tanda-tanda masyarakat yang bersedia untuk melaksanakan undang-undang yg ditulis dan di olah oleh Tuhannya sedangkan undang-undang yang dirungkai oleh nenek moyangnya masih lagi dia gagal untuk praktikkan sepenuhnya.

Kita mungkin telah bersedia untuk melihat hudud sebagai undang-undang rasmi tetapi berbicara tentang kita-siapakah kita sebenarnya dalam konteks sekarang ini? Hudud itu sempurna dan kecacatannya adalah kita; jangan disebabkan kecacatan kita—hukum Tuhan ini akan dipandang hina dan dicaci sebagai satu bentuk penindasan. Dunia sudah cukup melihat Islam sebagai komuniti yang lemah kerana tidak berjaya bersatu hati, Dunia sudah melihat Islam sebagai komuniti yang kejam kerana sanggup membunuh saudaranya sendiri atas perbezaan pendapat walaupun menyembah Tuhan yang sama, Dunia sedang melihat masyarakat Islam bermegah-megah dengan kejayaannya sedangkan separuh lagi meminta sedekah untuk sebuku roti sebagai juadah hidupnya.. Adakah dunia akan melihat kekejaman perundangan Islam ataupun kebijaksaan Islam dalam membawa dimensi baru dalam pemodenan perundangan..

Persoalannya sekarang siapa kita yang hendak melakukan semua ini.? Adakah ini pandangan kita sebagai masyarakat yang bersedia ataupun hanya pegangan politik dan boleh ditiup apabila ribut melanda.. sudahkah kita sebagai sebuah Negara bersedia..bukan hanya daripada pandangan komuniti Islam tetapi dari pandangan keseluruhan komuniti di Malaysia.

Memang benar undang-undang ini lebih utama kepada masyarakat Islam tetapi Malaysia bukannya zahir itu Islam sepenuhnya dan kewujudan undang-undang hudud tidak mungkin mengIslamkan saudara-saudara bukan Islam kita dan merekalah komuniti yang seharusnya menyokong kita untuk melaksanakan perundangan ini. Sebaliknya kini kita melihat ramai diantara kita sendiri belum faham dan mengerti apakah itu hudud..

Kita harus mula bertanya kepada diri sendiri; adakah kita cukup pengetahuan untuk semua ini..kita disini bukanlah semuanya merupakan golongan ulama mahupun cerdik pandai yang arif mengetahui tetapi kita yang berada dibawah..adakah pengemis yang dicaci itu tahu erti hudud..pernahkah kita mendidik anak-anak kita tentang perundangan hudud di sekolah..adakah pernah didedahkan konsep ini pada peringkat awal pendidikan dan siapakah yang pakar dalam bidang ini yang tidak mempunyai perkaitan politik yang dapat mempertahankan perundangan hudud ini. Janganlah hudud ini wujud pada nama seorang manusia sahaja, jangan ia wujud pada pandangan sebuah parti sahaja dan janganlah ia wujud kerana seorang raja memerintah kerana ini adalah perundangan Allah S.W.T . jika kita gagal dan lalai dalam perlaksanaannya kita bakal berhadapan dengan hukuman yang paling hebat dan berat, adakah yang berdiri mengatakan mereka bersedia,benar-benar menunjukkan kelakuan yang sebenarnya mereka bersedia…

Sewaktu perundangan Islam mula wujud, masyarakat Islam adalah aman dan bersatu padu dengan masyarakat bukan Islam—tiada norma dengki dan iri hati dan itulah kunci kejayaan perundangan Islam tersebut. Adakah kita sudah capai tahap itu? Pastikah kita ini bukan salah kita apabila ianya terkubur di masa hadapan.

Ingatilah setiap orang yang mempunyai kuasa, setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dan setiap orang yang mahu merencanakan perancangan masa hadapan bahawa anda bukanlah penerima segala kesalahan dan kejayaan yang anda rancang, generasi mendatanglah yang menjadi tunjang yang akan memegang wasiat ini dan lihatlah kepada mereka apabila kita membuat penilaian adakah mereka faham kenapa kita berdiri dan adakah mereka bersedia untuk berdiri bersama kita bagi berjuang atas dasar yang sama..

Hudud bukanlah diwujudkan untuk menghukum; ianya bertujuan mendidik dan taubat serta maaf itu merupakan rahmat Allah S.W.T yang membenarkan kesalahan pelaku diampunkan…adakah kita bersedia untuk membebaskan mereka yang mendapat hidayah Allah S.W.T tanpa menjatuhkan dan menghina serta mencaci seseorang yang pernah melaksanakan dosa..adakah kita bersedia dan berhati mulia?  


Jawablah persoalan ini terlebih dahulu…    

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman "BLUE MOON" ku

BULI : THE SMALL PENIS GUY!

ImAzih nisutAM