GST : Tunjukkan bukti anda cintakan Negara!
GST dan salah siapa? Sebenarnya untuk menyalahkan kerajaan dalam
gagal merancang dalam memperbaiki sistem percukaian sebelum ini supaya
perlaksanaan GST tidak dilaksanakan. Dan menghentikan niat untuk tidak melakukan
GST adalah sesuatu yang diluar kemampuan.
Negara mempunyai cita-cita dan kemajuan ekonomi kita adalah
berdasarkan kemampuan Negara dalam mengolah sumber pendapatannya bagi menyokong
dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya. Dalam hal GST—ianya bukan 100% salah
Kerajaan.
Mahu mengatakan terdapat pembaziran yang dilakukan selepas
beberapa tahun oleh kerajaan merupakan penyebab kepada terjadinya GST adalah
seperti lagu bangau oh bangau!
Malaysia yang ku sayangi!
Sedarkah anda!
Anda menentang segalanya! Anwar ditangkap—ramai diantara
anda bangun dan menentang, Altantuya dibom-wow! Ada juga yang menentang.. Tun Abdullah
berdiam diri pun ditentang, MH370 dan MH17 hilang jatuh turut menjadi tentangan anda…
Malunya saya, seumpama peratusan rakyat Malaysia langsung
tidak mempunyai ilmu, langsung tidak tahu fakta, langsung tidak boleh membuat
perancangan ke masa hadapan dan langsung tidak mempunyai cerdik akal untuk
melihat sesuatu disebalik kelakuannya.
GST ataupun tidak; cara hidup kita sendiri mendorong kepada
peningkatan harga barangan, kos hidup dan juga kepada kegagalan dalam
perlaksanaan banyak dasar-dasar yang boleh berpotensi untuk memberikan manfaat.
Para pendidik memboikot plan-plan pendidikan bila ianya
dilihat menekan dan memberikan bebanan sedangkan mereka sepatutnya melakukan
invosi yang dapat mengubah perlaksanaan plan tanpa menjejaskan tujuannya.
Para
pentadbir badan-badan kerajaan yang terlibat dalam projek-projek pembangunan
luar Bandar tidak memberikan fokus kepada kelestarian pembangunan tetapi
menjaga aspek pengeluaran dana dimana yang banyak berlaku ketirisan kerana ingin
keuntungan yang singkat.
Para menteri dan penjawat awam sering bertikam lidah
untuk menegaskan bahawa dasar tidak tepat dan selari dengan kaedah perlaksanaan
sedangkan kedua-duanya tidak pernah berbincang dengan mendalam isu-isu yang
sebenar demi menjaga imej masing-masing…
Akhir sekali komuniti masyarakat kita
tidak lagi berfungsi sebagai salah satu sumber dalam menjamin kurangnya tekanan
ekonomi dalam komuniti setempat..tiada galakan untuk hal-hal berkaitan ini kecuali
berorentasikan keagamaan; perkauman dan politik.
Kita tidak pedulikan hal berkaitan pendapat masing-masing.. orang Melayu masih
berpendapat orang Cina mahu mendominasikan Negara dan mengubah corak takbir Negara.
Orang Cina masih terasa terasing dan hidup dalam komuniti mereka yang dianggap elit
kerana mereka dominasi besar ekonomi dan orang India masih berfikiran mereka komuniti
yang lemah dan kurang berpendidikan..
Kenapa selepas 50 tahun kita masih dibelenggu masalah yang
sama… perkauman, agama dan politik—tiga tiang Negara inilah yang sedang
bergoyang dan inilah yang menjatuhkan kita. Cukuplah dengan boikot dan cukuplah
dengan tanggapan negatif.
Orang Cina… mereka adalah rakyat Malaysia; sokong mereka dan
kita akan berdaya saing..tiada prasangka jika ini dilaksanakan dengan kejujuran
sejak azali lagi; orang Melayu… hentikan sifat keagungan bangsa dan terima
hakikat kita bukan lagi tuan rumah dan bekerjalah untuk kebangkitan bangsa
Malaysia..dan orang India..kita semua sama dan tidak pernah ada bangsa yang
lemah jika kita bersatu!
50 tahun kita mengenali satu sama lain dalam persekitaran
yang aman dan selamat serta harmoni tetapi dalam masa itu kita gagal untuk
membangunkan diri dalam identiti yang baru. Inilah kejatuhan kita! Kita bukan
Indonesia, kita bukan Singapore dan kita bukanlah negara-negara lain yang perlu
kita lihat dan tetapkan fahaman kita.. kita adalah Malaysia! Kita berbeza dan
keperluan kita tidak pernah sama dengan mereka.
Hentikan desakan untuk penangguhan GST.. laksanakan GST dan
buktikan kepada para pemimpin kita..kita adalah komuniti yang sanggup berjuang
untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun disebalik kurangnya kepintaran
dalam perancangan ekonomi Negara.
Kalau kita betul-betul mahu buktikan siapa kita, majukanlah ekonomi
setempat dan keluarkanlah kawasan masing-masing dari cengkaman yang menjerut
mimpi-mimpi indah, mungkin anda mengatakan ianya mustahil tapi saya mengatakan
untuk anda bermimpi mengubah Negara dalam satu perarakan adalah lebih mustahil.
Pergilah di pusat komuniti setempat masing-masing,
berjumpalah dengan semua pemimpin dan rancanglah kelestarian pembangunan
ekonomi setempat supaya dalam masa 5 tahun mendatang walaupun Negara tidak
berkemampuan, kita tetap berpegang tangan dan bergerak untuk kesejahteraan hidup,
supaya anak-anak kita dapat makanan dari sumber yang kita usahakan dan
rancang..sumber yang ikhlas dan bersatu!
Penulisan saya mungkin tidak pernah diendahkan tetapi saya
mengindahkan untuk pendoman jati diri saya. Cintailah Negara seperti mana anda
mencintai hati anda sendiri.
Comments
Post a Comment
please think wisely!