Kemunculan Hudud adalah tuntutan Penyatuan Ummah!
Kenapa orang bukan Islam menentang Hudud..bukankah undang-undang itu untuk orang Islam sahaja dan mengapakah mereka perlu berlebih-lebih? Adakah benar Hudud hanya untuk orang Islam sahaja; dan jikalau begitu dimanakah ertinya mewujudkan sebuah Negara jika dalam perlaksanaan perundangan kita mempunyai pecah yang hakiki tentang hukuman dan sesetengah pihak akan melihat hal ini sebagai ketidak adilan. Cuba bayangkan.. hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah Islam adalah berbeza dengan pesalah bukan Islam…bukan sahaja cara hukuman tetapi kaedah keadilan dan perhakiman juga berbeza.. ini adalah ketidak seimbangan dari segi perlaksanaan perundangan…dan kemungkinan besar komuniti Islam tidak akan menjalinkan kerjasama dengan komuniti bukan islam disebabkan terdapat pecahan dalam perundangan.. Implikasi perlaksanaan undang-undang Hudud jika tidak dilakukan secara menyeluruh adalah perpecahan mengikut agama dan hal ini akan membawa dimensi baru terhadap kefahaman kehidupan beragama ...