indah hidup dengan kemaafan dan tanpa penipuan

Menipu-ramai yang tak suka untuk ditipu tetapi ramai plak yang memilih untuk hidup dalam penipuan. Hey aku pun tidak terkecuali tapi tidakla plak diriku ini menjadikan penipuan sebagai tunjang kehidupan. Kadang kala kita memilih untuk menipu kerana kebenaran itu pahit dan menyakitkan. Tapi ada sesetengah diantara kita yang gemar menipu; mungkin disebabkan kehidupan mereka sudah sebati dengan penipuan. Mereka sering berasa lebih senang untuk menipu dari memberi tahu kebenaran. Apa jua alasan yang dilontarkan tipu adalah perkara yang salah. Lebih-lebih lagi kalau dalam alam percintaan. Janganlah menipu ketika bercinta-kerna cinta yang wujud diatas permulaan penipuan itu sukar untuk berkekalan seumur hidup. Kejujuran itu perlu kalau ingin rasa dihargai dalam cinta.

Kembali kepada persoalan menipu—tipu itu adalah penafian ataupun kata-kata yang tidak benar terhadap kenyataan ataupun ketetapan yang telah berlaku. Percayalah bahawasanya ada insan yang sanggup menipu sehinggakan sanggup berpura-pura sakit untuk mendapatkan simpati dan perhatian. Insan yang menjadikan kehidupannya dipenuhi penipuan tidak pernah insaf dan sentiasa mencari jalan untuk memperbanyakkan lagi penipuan. Realitinya bagi mereka sekali menipu ia tiada bezaannya dengan berkali-kali menipu. Hey jangan pandang hidup ini mudah! Apa yang ditipu hari ini mungkin berkubur dan tidak dipedulikan oleh orang ramai tetapi kewujudan Tuhan dan ketetapan alam itu nyata-sesungguhnya hari esok bukanlah diatas perancangan kita maka segalanya mungkin terbongkar dan penipuan kita itu mungkin akan membawa kepada kebinasaan. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini-aku juga penipu tetapi bukanlah seseorang yang memilih untuk menipu dengan niat akan keselesaan hidup tetapi aku memilih untuk menipu diri sendiri dan hidup dengan keselesaan bersama yang lain. Aku menipu untuk membawa diriku ini ke jalan yang lebih baik dan menipu untuk hidup bersama golongan yang menerima diriku yang sebenar. Kelakar bila seseorang menipu dirinya sendiri tetapi kenapa tidak! Setidak-tidaknya aku tidak membawa kemungkaran dan memperbodohkan insan-insan yang jujur bersamaku. Indahnya penipuan ini kerana tiada insan yang terpaksa menerimanya kecuali diriku. Walaupun begitu aku tetap tahu diriku sedang menipu maka penipuan aku disulami kejujuran dengan pengakuan terhadap perbuatan aku ini. Adakah aku masih dikira menipu? Itu biarlah diriku sahaja yang cuba merungkai. Walau bagaimanapun-marilah kita memaafi kepada insan-insan yang suka menipu. Mereka sememangnya insan yang menyakitkan hati dan juga golongan yang membawa kemusnahan tetapi sehina-hina setiap insan itu, Tuhan masih Maha Mengasihani dan kita sepatutnya juga mampu untuk memaafkan. Bermaafan diantara satu sama lain mungkin adalah susah untuk dilakukan tetapi janganlah kita alpa kerana kita hidup dengan sesama kita—kita berbicara dengan golongan kita dan kita hanya mampu untuk memaafi sesama kita sahaja. Maka tinggilah martabat kita jika kita mampu memaafkan dan memadamkan dendam dan penghinaan yang telah lama berlanjutan. Insan yang hidup dengan hati yang penuh kemaafan adalah lebih tenang dari insan yang hidup dalam kehidupan yang berdendam. Lihatlah betapa banyak kemusnahan dan peperangan yang sia-sia disebabkan kebencian kita. Janggal rasa untuk mengakui kita sebagai seorang insan yang mulia jika kita masih milih untuk berdendam hanya disebabkan kematian dan kesengsaran yang boleh kita jauhi jika kita memaafi sesama sendiri. Menerima bukanlah untuk mengalah dan memaafi bukanlah untuk menyerah tetapi untuk membuktikan bahawa kita adalah sama cuma apa yang beza adalah kemuliaan kita. Kesengsaraan yang berlaku adalah wadah hidup dan Tuhan itu Maha Mengetahui, janganlah kita menghukum kerana kita berada di jalan yang benar-kerana kebenaran kita tidak semestinya akan diterima tanpa hakiki yang sebenar! Maafilah musuh, penipu dan juga perosak bangsa, agama, negara dan juga masyarakat kerana hukum alam itu tidak seteruk hukum akhirat dan semua yang hidup di alam ini adalah sementara dan akhirat itu kekal abadi selamanya!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman "BLUE MOON" ku

BULI : THE SMALL PENIS GUY!

ImAzih nisutAM