Durjana Akal Utk Erti Masa dan Cinta
Durjana sungguh akal dalam memikirkan hal yang berkaitan cinta yang abadi tanpa mempedulikan perjalanan masa. Kekuatan masa itu adalah pada ketetapan yang menjadikannya setia kepada waktu yang menjadikan segala yang berlaku tika ia beredar adalah sesuatu yang bermakna dan harmoni. Jika ingin bercinta maka hormatilah masa dan berjanjilah pada kekuatan masa untuk bergerak dengan ketetapan dan meninggalkan semuanya demi sesuatu yang lebih bermakna dari masa itu sendiri. Jangan sesekali berkata bahawa perjuangan itu bermula dan berakhir apabila sesuatu yang indah itu tercapai. Akhirnya cinta bukannya perkahwinan dan tamatnya kasih bukanlah kematian tetapi bermulanya cinta itu adalah ketetapan dan akhirnya kasih itu ialah kesetiaan yang berkekalan. Payah untuk kita memahami dan gusar hati ini untuk mentafsirkannya tetapi itulah durjananya akal. Perbezaan kita adalah sesuatu yang menjanjikan keindahan dan seperti masa itu jua kita sentiasa berbeza dalam persamaan. Hanya dengan ketelitian sahaja kita mampu untuk melihat keindahan dan keindahan itu bukanlah sesuatu yang sempurna. Mahir kita untuk menangkap sesuatu yang indah dan cantik tapi kemahiran kita terbatas dalam mentafsirkan erti yang melangkaui kesempurnaan kecantikan. Janji bisa kita lafazkan dan dapat kita tunaikan dengan usaha tetapi janji itu tidak pula kita ertikan sebagai sesuatu yang berterusan dan mampu untuk kita sentiasa perjuangkan. Hak yang indah dan sentiasa perlu diperjuangkan-itulah janji yang hakiki dan pengertian cinta yang sejati. Erti sebenar cinta adalah kasih yang berterusan tanpa alasan dan sebab yang kukuh kerana ertinya begitu mendalam sehinggakan akal menjadi durjana untuk memahaminya! Hanya keindahan cinta yang mampu akal lihat dan hanya itulah yang akan sentiasa berterusan di dalam minda insan yang memahami cinta sejati. Masa pula menjadi tunjang kepada yang tahu peranannya. Cinta biasanya membawa kebahagiaan kepada individu yang mampu menzahirkan perasaan dengan penuh keikhlasan dan juga kejujuran. Begitu jugalah dengan masa kerana masa yang digunakan dengan keikhlasan dan kejujuran sentiasa membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada individu yang berjaya menguasainya. Dalam masa juga terdapat onak duri yang menduga, begitulah juga dengan cinta. Jangan melihat cinta sebagai sesuatu yang perlu dicari dan jangan pula menggunakan cinta sebagai alasan untuk mencari keseronokan kerana cinta adalah sesuatu yang sentiasa ada tanpa disedari dan juga dalam keseronokan tiada alasan. Tidak perlu untuk kita berusaha untuk mencintai dan tidak perlulah kita untuk mengejar cinta kerana seperti mana masa itu sentiaa ada seperti itulah cinta yang akan sentiasa menjadi tali perhubungan kita dengan dunia ini. Masa itu emas dan cinta itu hakiki, keduanya berkekalan dan sentisa bernilai. Keduanya perlu dijaga dan keduanya akan terhakis dengan kematangan dan juga pengaruh usia. Jangan jadikan usia muda untuk mengejar cinta dan jangan jadikan usia tua untuk mengejar masa kerana keduanya sentiasa ada. Kita hanya perlu membuka mata melihat dan membuka hati untuk menerima. Cinta adalah masa dan masa itulah cinta! Nikmatilah ia!~

Comments
Post a Comment
please think wisely!