indah hidup dengan kemaafan dan tanpa penipuan

Menipu-ramai yang tak suka untuk ditipu tetapi ramai plak yang memilih untuk hidup dalam penipuan. Hey aku pun tidak terkecuali tapi tidakla plak diriku ini menjadikan penipuan sebagai tunjang kehidupan. Kadang kala kita memilih untuk menipu kerana kebenaran itu pahit dan menyakitkan. Tapi ada sesetengah diantara kita yang gemar menipu; mungkin disebabkan kehidupan mereka sudah sebati dengan penipuan. Mereka sering berasa lebih senang untuk menipu dari memberi tahu kebenaran. Apa jua alasan yang dilontarkan tipu adalah perkara yang salah. Lebih-lebih lagi kalau dalam alam percintaan. Janganlah menipu ketika bercinta-kerna cinta yang wujud diatas permulaan penipuan itu sukar untuk berkekalan seumur hidup. Kejujuran itu perlu kalau ingin rasa dihargai dalam cinta. Kembali kepada persoalan menipu—tipu itu adalah penafian ataupun kata-kata yang tidak benar terhadap kenyataan ataupun ketetapan yang telah berlaku. Percayalah bahawasanya ada insan yang sanggup menipu sehinggakan sanggup b...