Kisah Remaja - Remaja S (siri 2)

Kisah ini menceritakan tentang penghijrahan Salman ke kota raya.  Setelah mendengar berita tentang kematian Siti (rujuk siri pertama cerita ini),  Salman berhasrat untuk meneruskan cita-cita sebagai usahawan burger yang berjaya.  Dengan ini Salman berhijrah ke kota raya bagi mempelajari perkembangan semasa dunia perniagaan.  Salman berkawan dengan seorang lagi orang kampung tersebut yang bernama Shah.  Shah dan Salman bersama-sama tiba di kota dan kini mereka menyewa rumah bersama.  Shah telah lebih awal mendapat pekerjaan sebagai kerani di salah satu syarikat swasta di bandar ini.  Salman dijangka akan mula beroperasi perniagaan burgernya dalam bulan pertama setelah berpindah ke kota.

Setelah sebulan maka perniagaan Salman pun berjaya.  Shah dan Salman merupakan kawan yang baik.  Tetapi semua itu berubah apabila Salman sudah mula beroperasi untuk bulan yang pertama.  Shah mula bermalasan untuk membayar sewa rumah dan terpaksa Salman untuk menjelaskan sewa rumah.  Salman yang baru tiba dari kampung dan tidak mempunyai kawan akur sahaja dengan kehendak Shah.

Dalam menghampiri bulan ketiga,  Salman berjaya berkenalan dengan dua perempuan yang menjadi pelanggan tetap nya.  Seorang bernama Samsiah dan satu lagi bernama Salimah.  Samsiah merupakan jururawat dan Salimah adalah gadis kota yang tidak berkerja tetapi mempunyai kehidupan yang mewah.

Samsiah kerap menasihati Salman supaya menjauhi diri dari Shah.  Shah dikatakan kerap menyebarkan berita yang buruk tentang Salman dikalangan rakan-rakannya di office.  Shah kerap mengatakan bahawa perniagaan Salman adalah bermodalkan sumbangan Shah dan Shah selalunya terpaksa menjaga makan minum dan memastikan keadaan rumah sentiasa bersih kerana Salman amatlah pemalas bila dirumah.  Salman amat kecewa apabila mendengar ini dari Samsiah.  Maka hubungan Salman dan Shah mula berjauhan. Mereka walaupun serumah tetapi masing masing dengan hal sendiri.

Salman hanya mempunyai Samsiah untuk meluahkam cerita berkenaan Shah.  Shah adalah merupakan rakan yang hanya baik dan sempurna dikalangan rakan nya tetapi merupakan insan yang lain ketika dirumah.  Shah mempunyai perwatakan yang berbeza dan hanya mengambil kesempatan atas seseorang rakan.  Dan hal ini amat menganggu fikiran dan hati Salman.

Kini mereka telah menyewa rumah tersebut dekat tempoh setahun dan semua sewa rumah serta keperluan rumah masih ditampung oleh Salman.  Jika Salman hendak meminta kepada Shah,  Shah pastikan akam ceritakan tentang kesusahan nya yang berkerja di syarikat swasta dan betapa dia tertekan dengan keberhutangan dia yang merisaukan.  Salman pun tidaklah begitu mendesak tetapi terguris juga hatinya kerana kawannya itu lebih senang untuk berbelanja setiap duit yang ada untuk dirinya sendiri seperti pergi bercuti dan menghabiskan untuk aktiviti sosialnya tanpa mempedulikan Salman yang terpaksa menanggung kos rumah seorang diri.

Samsiah pula makin menjauhi diri dari Salman disebabkan faktor pertunangannya dengan Doktor di hospital tempatnya bekerja.  Maka hubungan Salman dan Samsiah pun terputus selepas Samsiah menyerahkan kad perkahwinan nya.

Akan tetapi Salman mempunyai seorang lagi teman bernama Salmiah.  Salmiah kerap berkunjung pada lewat malam ke kedai burger Salman.  Dan kini Salmiah merupakan tempat Salman bercerita mengenai Shah.  Salman menegaskan kepada Salmiah bahawa Shah pernah menegur nya dan berkata, kita perlu memilih kawan dikalangan orang yang berjaya.  Kawan yang rapat hendaklah mereka yang bole memberikan kesenangan kepada kita dan jauhilah kawan yang hanya sekadar menyusahkan ini seperti golongan seperti Salmiah.  Salmiah sedikit pun tidak terkesan dengan kata kata yang dikongsi oleh Shah.  Malah Salmiah memberitahu Salman bahawa golongan yang berjaya seperti Shah la punca utama pekerjaan sosial seperti Salmiah masih aktif di kota raya ini.

Maka Salman pun sedar siapa sebenarnya Shah.  Seorang rakan yang mengambil kesempatan keatas persahabatan,  seorang yang bermuka muka dan seorang yang menunjukkan alim tapi sebenarnya lebih kotor daripada orang yang menjual diri untuk mencari rezeki.  Salman pun mula mencari rumah sewa sendiri dan setelah dua tahun tinggal bersama Shah,  Salman mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut dan berpindah.

Kini Salman bebas. Akan tetapi Salman dilanda kebosanan semula kerana Salmiah telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam dan kini terpaksa menjadi isteri ketiga seorang datuk di kota raya.  Tiada lagi Salmiah. Salman keseorangan menjual burger ditepi jalan di kota raya.  Dalam kesunyian itu,  Salman sedar bahawa dia sebenarnya lebih menyukai perempuan berbanding lelaki.  Lelaki semuanya penipu seperti Shah.  Talam dua muka. Selalu mengambil kesempatan dan kerap pergunakan orang demi kepentingan.

Perniagaan Salman makin laris dan kini Salman mampu untuk mengubah dirinya.  Salman pun mengambil keputusan untuk menukar identiti dan menjadi seseorang yang amat dekat dihati nya.  Seorang yang telah lama meninggalkan diri nya dan merupakan kawan baiknya suatu ketika dahulu.  Salman kini adalah Suria yang baru.

Setelah menjadi Suria (dengan lengkapnya - ala Sajat gitu),  Suria pun pulang ke kampung. Alangkah terkejutnya Siti (rujuk part pertama cerita ini k) kerana muka Suria tidak ubah seperti Suria yang dahulu.  Siti pengsan melihat perubahan Salman sebagai Suria.  Bukam sahaja Siti,  malah keluarga Suria pun tidak dapat menerimanya.  Tetapi setelah Suria menunjukkan duit yang ada bersamanya dan beberapa cawangan burger bra cup size D yang berpusat sehingga la ke Bangkok maka keluarga Suria dapat menerima siapa dia yang sebenarnya. Kini Siti dan Suria berkawan seperti biasa dan mengendap jantan-jantam bersama sama seperti dahulu kala walaupun usia sudah 30an.

Begitulah kisah remaja remaja S..

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku