Ketua..Ohhh Ketua!!

Lets face it. In today world, working with the wrong people can make us demotivated to work hard. People can channel positive environment to the overall aspect of your works.

Tapi walaupun kita ada team yg bagus, ketua memainkan peranan penting. Ketua haruslah seorang yang faham bidang tugas, tahu pembahagian tanggungjawab dan bersedia menerima individu-individu yang membina persekitaran kerja yg harmoni. Jika kita mempunyai bos yang boleh melihat kepada kepelbagaian dan menilai aspek kerja berdasarkan kualiti dan keberkesanaan  kerja, itu adalah seorang ketua yang perlu kita hormati.

Kalau pula kita ada ketua yang bersifat pecah belah, memberi tekanan kepada hal yang tidak sepatutnya, melihat kepada ketrampilan dan self-image mengatasi kualiti kerja, menilai aspek perbualan orang luar mengatasi prestasi semasa dan yang lebih teruk adalah membenarkan yang salah dan mendiamkan yang berguna. Maka rasanya ketua itu bukanlah mudah untuk diterima.

Sebagai seorang yang bergelar ketua, keselesaan itu adalah perangkap. I always told myself that. Saya tak boleh rasa selesa dalam memegang sesuatu jawatan. Sebab kalau saya selesa, saya mungkin ada salah laku kuasa yang nyata. Sebagai ketua, kita kena ada ketidak selesaan sebagai pengerak untuk kita sentiasa berfikir dan bukan mendesak. Tugasan yang diberi harus diselesaikan dan kita harus mempercayai mereka yg memegang tanggung jawab utk melaksanakan tugasan tersebut.

Adakah perlu ketua sentiasa mengawasi dan menyemak hasil kerja?

Ketua yang bagus, adalah ketua yang memberikan ruang dan peluang. Ruang dalam membuat keputusan dan tindakan. Peluang dalam mencuba buah idea dan inovasi baru. Dominasi kuasa hanya boleh diambil apabila sesuatu tugasan itu telah melampaui batas dan pelaksana tugasan telah hilang arah dan minat. Jika seorang ketua itu faham akan perjalanan tugas maka organisasi tidak akan kelihatan seperti berat sebelah. Seorang ketua harus tahu dimana titik berhenti dan bagaimana mahu memulakan bicara. Hormati pekerja dan masa seperti mana kita menghormati nilai kehidupan. Laporan dan pencapaian hanyalah penting kepada organisasi jika semua komuniti dalam organisasi mampu faham dan terima setiap tugasan. Jika kita sahaja yang mahu laporan itu maka tiada siapa yang dapat mencapai kepuasaan kerja.

Ketua yang tidak mampu membina kerjaya pekerja nya ataupun ketua yang suka melihat kejatuhan pekerja nya tanpa memberikan nafas baru adalah seorang ketua yang gagal. Tindakan disiplin ataupun keputusan untuk melakukan sesuatu yang bertujuan menghukum, jika dilakukan seorang ketua adalah sebagai langkah kearah konteks memberikan kesedaran, bukannya atas dasar dendam mahupun kearah menjatuhkan maruah. Pekerjaan adalah pintu rezeki dan sebagai ketua kita berada pada muka hadapan pintu, dan jika ketua itu bertindak meludah dan menjatuhkan maka orang itu adalah lebih hina daripada orang yang diludahnya.

Ketua yang bagus, adalah insan yang bukan hanya berjaya berdiri di hadapan pintu rezeki tapi berjaya mempelawa lebih ramai lagi untuk sama-sama berdiri di pintu rezeki dan membukanya seluas mungkin untuk semua menerimanya seadil mungkin.

Kalau anda di pejabat, sekolah, jabatan, kedai ataupun rumah sendiri dan memikirkan bahawa anda mempunyai ketua yang tidak memberikan gambaran yang baik terhadap siapa diri anda,kerjaya anda dan masa hadapan anda - sudah sampai masa nya anda berusaha untuk fikirkan jalan terbaik demi kehidupan anda. Ketua tiada hak keatas kita. Hak kita adalah kebahagiaan kita.

Sebagai seorang ketua, beringatlah jangan leka dengan kuasa. Kehormatan yang tinggi bukannya datang dengan paksaan. Kehidupan hanya tenang jika kita memahami tugas, peranan dan tanggungjawab serta berlaku adil. Masa dan peluang adalah kuasa takdir.

Sebagai seorang pekerja kita harus akur dalam setiap kelakuan ada penilaian. Individu punya sifat yang pelbagai. Nilai yang baik adalah perkongsian yang sihat. Senyuman dan kesihatan adalah perkara penting yang harus dijaga mengatasi kerja dan tugasan.

Setiap yang berlaku adalah untuk memberikan iltizam kepada kita sebagai masyarakat untuk bekerja mengatasi masalah yang boleh dikongsi. Pekerjaan dan hasil kerja kita bukannya untuk dinikmati oleh diri sendiri.

Bekerja hari ini untuk masa hadapan yang lebih baik. Rumah dibina, lagu dinyanyikan, filem drama ditayangkan, baju dan rekaan dipakai malah pendidikan serta keadilan yang dituliskan hari ini adalah demi generasi akan datang. Oleh yang demikian, jika kita bekerja dan mempunyai ketua yang baik nescaya kehidupan adalah lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku