Pendidikan Malaysia : Impian Seorang Penjawat Awam

Pendidikan. Sesuatu yg dekat pada hati saya. Pernah seketika dahulu, pendidikan merupakan isu yang saya rasa hanya perlu difahami dari segi pencapaian dan kualiti ilmu. Tapi sejak dewasa ini, pendidikan merupakan aspek penting yang perlu dilihat utk diperkukuhkan. Kebanyakan isu yang berlaku dan dibincangkan dalam komuniti masyarakat kini adalah hasil daripada kualiti ilmu dan nilai pendidikan yg telah mereka zahirkan.

Isu flat earth, vaksin dan doula cthnya merupakan aspek kepada pendidikan. Tunjang perbalahan bukan pada siapa betul ataupun salah. Perbalahan berlaku disebabkan faktor siapa faham ataupun tidak. Ini terjadi apabila ilmu yang dimiliki adalah tidak berlandaskan kepada satu prinsip keterimaan yang sama. Logikal akan membawa dimensi dan perspektif yang berbeza dan hanya mereka yang memahami nilai ilmu, kefahaman dan pencambahan pengetahuan bisa membezakan antara keterimaan umum dan fakta naratif logikal akal. Harus kita faham inilah pendidikan. Asasnya penting dan harus terpelihara supaya walaupun kita bercakap dari dua sudut berbeza, suara perbezaan itu hendaklah lahir dari aspek ilmu bukannya serangan individu mahupun ungkapan benci dan penghinaan. Jika kita mudah melabel sesuatu yang bukan dlm konteks akal sebagai sesuatu yg harus dibenci maka ada sesuatu yang mungkin masih perlu kita pelajari.

Tapi penulisan kali ini,bukan mahu tertumpu kepada isu itu. Penulisan ini mahu memberikan gambaran kepada hal seperti itu berlaku.

Pendidikan hari ini mempunyai masalah dari segi pengurusan. Sistem yang wujud sekarang adalah sistem yang tidak memberi sokongan kepada nilai ilmu. Malah sistem yang diguna pakai adalah lebih memberikan peluang kepada ketidak akuran dan kebergantungan.

Bagaimana?. Mengambil contoh yang mudah. Pada dasarnya sistem pendidikan Malaysia mempunyai sistem piramid kuasa. Yang diatas merupakan KPM di sokong dengan pentadbiran JPN dan dipacu oleh PPD seterusnya asas utama adalah sekolah. Kementerian bertindak sebagai badan yang menetapkan polisi/perlembagaan atau most famous known as pekeliling. Apabila arahan itu diterima JPN, jabatan pendidikan diberikan kuasa utk membuat pentaksiran dan menyesuaikan arahan pekeliling mengikut acuan kuasa masing masing, dari situ PPD, pejabat pendidikan akan diarahkan untuk mengeluarkan surat kuasa/pemakluman kepada sekolah utk perlaksanaan dan sekolah hendaklah melaksanakan nya. Sistemnya mudah. Satu pihak mengeluar arahan, satu pihak memperhalusi, satu pihak menyampai dan akhirnya satu pihak menerima.

Itu cara pentadbiran berdasarkan arahan. Aspek arahan sahaja tapi bagaimanakah aspek isu. Persoalan berkaitan isu, ini adalah lain. Mungkin kita berpendapat bahawa isu pendidikan akan diselesaikan di peringkat atasan. Logik. Hakikatnya tidak. Isu pendidikan selalunya berakhir dengan tindakan sekolah. Biar saya terangkan bagaimana satu satu isu pendidikan itu berkembang dan diselesaikan.

Contoh isu : ponteng.

Sekolah mencatatkan jumlah murid ponteng yang tinggi. PPD menerima laporan dan diarahkan untuk memperhalusi isu, PPD kemudiannya kembalikan tanggunjawab dan penyelesaian kepada sekolah. JPN menerima data dan program yang dikongsi oleh PPD (tindakan sekolah) dan kemudian memberi arahan untuk PPD memperhalusi isu (akan kembali ke tindakan sekolah). KPM akan mengulas dan meminta JPN melihat isu ini dan memberikan penekanan kepada PPD yang terlibat (akhirnya semua kembali kepada tindakan sekolah). Ini adalah bagaimana perbincangan sesuatu isu di dalam sistem pendidikan Malaysia. Dan inilah kesalahannya.

Perbincangan yang dilakukan adalah salah dan tidak menepati pihak yang bertanggungjawab. Sekolah mempunyai masalah ponteng (murid). PPD mempunyai masalah pencapaian kehadiran ( data sekolah). JPN mempunyai data kehadiran yang rendah (data PPD). Dan KPM melihat aspek keseluruhan. Dalam hal ini apa yang sepatutnya berlaku adalah atasi isu yang mampu diatasi mengikut rangkaian kuasa dan peranan.

KPM sepatutnya melihat aspek keseluruhan dan bertindak untuk memperhalusi pekeliling yang bole diadptasi bagi memberikan lebih alternatif kepada sistem bagi mengatasi masalah ponteng. Bukannya mengambil langkah menurunkan arahan supaya JPN cari jalan penyelesaian. JPN pula hendaklah memastikan urusan susun atur kerja yang dilakukan di peringkat PPD adalah betul dan mengikut alternatif pekeliling supaya data ponteng yg tinggi bagi sesebuah dearah adalah betul dan tepat. Bukannya memaksa daerah menurunkan data ataupun mencari penyelesaian kepada isu. PPD pula bertindak sebagai badan sokongan kepada sekolah untuk membincangkan bidang kuasa dan kesesuaian tindakan berdasarkan pekeliling sedia ada. Bukannya bertindak sebagai organisasi yang memberikan tekanan kepada sekolah untuk menyelesaikan isu. Sekolah pula seharusnya menggunakan pendekatan kajian dimana jika sesuatu isu berlaku, kaji faktor pemangkin utama dan laporan tentangnya dikeluarkan supaya masyarakat jelas isu tersebut terjadi disebabkan beberapa aspek penting yang perlu diperbaiki. Bukannya sekolah bertindak sebagai pemudahcara masalah. Jika aspek pengurusan ini berlaku dengan betul, maka kita bole berlapang dada untuk melihat aspek ilmu.

Jika hal ini berterusan, dan setiap badan dalam pendidikan masih melakukan tindakan yang sama berulang kali, akibatnya suasana sekolah adalah lebih tertekan dan guru adalah mangsa utama. Limpahan tanggungjawab bukannya kepada seorang guru. Jika semua pihak mahu guru bertindak sebagai mana mereka mahukan, inilah masalahnya.

Saya menyedari hal ini sejak saya berada dalam sistem pengurusan pendidikan Malaysia. Tiada apa yang kita dapat selesaikan jika kita masih guna pakai cara dan kaedah perbincangan yang sama. Sekolah sekolah kita akan lama kelamaan terbahagi mengikut kaum, agama dan fahaman politik. Ketua atasan hanya bertindak memerintah orang bawahan dan hasil kerja setiap bahagian adalah hasil titik peluh orang yang berada di bawah piramid kuasa - guru.

Kita harus mula belajar untuk menilai agensi kita sendiri, jangan KPM bercakap pasal sekolah, perbaiki percambahan yang berlaku di peringkat pentadbiran tertinggi - salah laku pegawai, ketirisan pekeliling, percanggahan peranan, prinsip pendidikan berdasarkan jenis sekolah = ini hal hal yang harus KPM bincangkan. Bukannya berapa A negeri itu capai dan bagaimana nak cemerlangkan negeri yang malas. JPN juga perlu ubah aspek perbincangan, lihat semula takbir urus daerah, pastikan tiada daerah yang cuba memanipulasi keadaan dan memberikan gambaran yang salah. Landasan pendidikan harus tepat di peringkat PPD supaya iltizam dan matlamat pekeliling tidak disalah erti. Bukannya PPD berkonsep kan asal ada, ataupun hanya mahu dipuji sebagai yang pertama dan cemerlang. PPD pula harus mula galakkan sekolah utk lebih melihat kepada kepelbagaian alternatif dan nilai ilmu. Bukannya PPD berjuang utk sekolah sifar masalah dan sekolah sifar E. Sekolah hendaklah raikan ilmu, guru bertindak sebagai penyelidik, mengkaji cara pembelajaran murid, mendekati alternatif supaya kefahamam murid mengatasi keperluan daya ingatan, memberikan murid dimensi nilai supaya yang baik dan jahat dapat dihitam putihkan, dan raikan semula tatasusila pembelajaran.

Saya amat berharap suatu masa nanti, apa yang diidamkan bole diterjemahkan kepada realiti. Setiap perkara berlaku dengan impian, dizahirkan dengan penulisan dan difahami dengan pembacaan. Suatu hari nanti, kita akan mengorak langkah kearah yang lebih baik. Sama - sama kita perjuangkan pendidikan yang bersih, bebas dan telus untuk semua tanpa ras bangsa, agama dan kaum.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku